Friday, March 30, 2007

Menolong Pesort pindah

Pesort : Bro, esok ko free?
Aku : Aku g Melaka bro. knp?
Pesort : Kul brp g Melaka?
Aku : Lepas lunch grak.
Pesort : Malam sok mita tlg nak pindah brg2?
Aku : Insyallah bro kalau aku balik tak lewat dari Melaka
Pesort : Ok, see ya

Petang semalam lepas aku balik dari Melaka, terus aku gerak ke rumah pesort kat Damansara. Niat di hati sebelum bertolak ke Melaka tadi memang nak menolong dia pindah rumah. Sampai-sampai jer..Ya Allah..!! rumah dah macam tongkang yang kematian nakhoda dan dah hampir terbalik..itu baru barang dari bilik dia dan ada sikit-sikit kat depan..Pening!!Pening!!

Tengah duk kemas-kemas apa yang patut lori pun sampai..part ni yang best nie..selama aku tolong orang pindah rumah..tak pernah aku tengok driver lori dan kelindan dia angkat barang dan TAK KASI kitorang angkat..selalunya..aku tengok dorang duk tunggu kat belakang lori dan orang yang nak pindah tu terhegeh-hegeh, terhoyong-hayang, terbongkok-bongkok dan pelbagai lagi teknik yang tak dapat disebutkan di sini..mengangkat barang.

Lepas sejam mengangkut barang turun, kitorang pun gerak ke rumah baru pesort..(bilik sebenarnya..tapi luas amat) kat PJ. Lepas dah kehabisan nafas menolong apa yang patut, lepak dan juga lepak dan balik.dah tak larat dah aku ni..maklumlah..hehehe. Iyelah..dahla baru balik dari Melaka, terus kerahkan tenaga untuk menguatkan otot-otot ku ini.

Opss..!! tak teringat dalam cerita kat atas..Azfar, kawan satu ofis aku pun turut serta mengeluarkan keringat yang tak henngggat..membantu menyertai acara pemindahan Pesort.

Opss..!! sebelum balik ke umah..aku pergi amik adik aku yang baru sampai dari Perak kat Pudu dan baru balik..sesampainya aku kat umah..dah tak cakap banyak dah..cuci apa yang patut dan selamat..kena tido..nak pergi Melaka lagi esoknya..pukul 9 dah nak gerak..kena cukup tenaga..hehe

Wednesday, March 28, 2007

Kenangan Ex-Manor : Memasak

Korang pernah memasak tak? Kalau bagi yang perempuan mestilah dia kata dia pernah kan?..tapi bagi yang lelaki ni..mungkin ada sesetengah daripada kaum adam ni "boleh memasak" dan ada mungkin boleh masak tapi "tak berapa pandai" dan "langsung tak tau nak masak" dan kena ada orang masakkan atau ke kedai terus untuk makan.

Aku masih teringat lagi kenangan dengan kengkawan Ex-Manor yang memasak..Kitorang ni umpama dah ditetapkan tugas, cuma takde siapa yang jadi ketua, semua ketua. Perkara pertama yang kitorang buat ialah "collect" duit dan ini ditugaskan kepada Abot..sebab saiz dia agak besar(sori abot..). Tak banyak yang kitorang mintak, RM2 untuk makan malam sahaja dan RM5 sekiranya barang kat dapur dah habis. Abot ni umpama "Along Bukit Beruntung" yang datang secara ganas dan mengepau kitorang..setelah habis "collect" tugas diserahkan kepada "outrider"

Outrider yang dimaksudkan ialah Eddy dan King, dorang ni memang pakar pergi beli barang-barang makanan dan barang keperluan lain. Eddy ni umpama mat rempit yang membawa aweknya ke kedai dan rempit kembali ke rumah sebelum time masak lewat..kalau tak..kitorang makan nasi lewat..hehehe..bila beli barang dapur dan keperluan lain.."JANGAN" dan diulang "JANGAN" bawa Suki sebab kalau bawa dia..duit tak cukup nak beli barang makan..dia akan cari barang yang lari bajet dari apa yang dapat Abot dapat pau tadi...hahaha..

Sementara outrider pergi beli barang..yang lain ni dah sibuk bersiap nak memulakan tugas masing-masing kat dapur..ada yang basuh periuk, potong-potong bawang, masak nasi dan macam perkara lain yang termasuk dalam waktu memasak ni..rumah kitorang ni kalau masak nasi satu periuk tak cukup dan perlu diulang masak satu periuk lagi..kiranya 10 pot satu malam..hebatkan..setakat beras 10 kilo tu kejap je. Dan jangan risau..nasi yang di masak tu pasti akan habis ke butiran yang terakhir..

Disebabkan tukang masak dalam rumah tu tak berapa banyak yang ada..kena tetapkan nak makan apa..macam Ejam, masak lomak cili api jo lah yang dio suggestkan..takdo bondo lain dah..itu jo..kalau boleh tiap hari pun takpo..kalau masak lomak dah tontu bukan segonggam cili api dio lotak..tapi sepeket RM1 yang diboli tadi habis diblendernya..Kalau nak masak kicap lak..kena suruh King yang masakkan..dan dia pandai juga masak kurma..leh tahan. Kalau macam aku..kari dan ayam masak merah pilihan aku dan lain-lain tu macam chef wan kata.."campak-campak je dalam kuali tu kak.." dahla dengan tak berbaju..(jangan bayangkan sekiranya anda sedang makan), berpeluh-peluh satu badan. Kalau ada setitis yang jatuh dalam kari tu harap korang maafkan je la yer..un"sengaja"rable semua tu..kenyang juga korang..ahakss..

Jas dia pandai wat sambal belacan dan kalau Suki balik Kelantan mesti ada budu yang dibawa balik ke rumah..semua sebat..ulam salad, telur masin dan macam-macam lagila menu kitorang semasa kat Manor.

Nama-nama yang tak disebut bukan bermaksud tak buat kerja bersama-sama..semua macam satu pasukan..semua bekerjasama. Takde sorang pun yang tertinggal dan takde sorang pun yang tersisih..itu semua kenangan yang takkan dilupakan..hanya Ex-Manor sahaja yang tau Ex-Manor yang lain...

Monday, March 26, 2007

AmbigrammargibmA


Korang pernah dengar pasal ambigram tak? Tak pernah? takpe..meh aku ceritakan apa tu ambigram..gambar yang kat atas tulah ambigram..kalau korang leh baca apa yang tertulis kat atas tu..korang memang "TELAH" menggunakan kedua-dua belah otak korang atau korang adalah salah sorang pelukis atau peminat ambigram..dari ikut pemahaman aku..ambigram adalah salah satu seni lukis yang memerlukan minat yang mendalam sebab nak men"design" rekabentuk yang nak dibuat pun pening sungguh..aku dah tengok camner dia terpusing-pusing nak cari "angle" yang leh reka design kat atas tu..anyway, yang design ni sepupu kawan aku.
Masih tak dapat baca lagi..mungkin korang dapat baca sikit kan? pelan-pelan ye..
**Hint - Ambigram ni..kalau diterbalikkan pun perkataan yang sama akan tertulis
Kalau korang nak penjelasan lebih lanjut tentang ambigram ni..korang leh klik kat link yang ada kat senarai kengkawan aku..cari kat situ nagfa dan korang leh peningkan dengan macam-macam lagi ambigram yang ada dalam tu..dia duk Singapore.
Selamat Memeningkan kepala..layan..
(Jawapan ambigram kat atas tu nama aku dengan tunang aku - Rosmana&Hadi)

Trip To Langkawi

** Klik je gambar ni kalau nak tengok yang besar ye..jangan segan

Dah 4 hari aku tak update blog ni..baru harini dapat nak masukkan cerita sikit untuk di updatekan..citer yang nk aku ceritakan adalah citer pasal trip kitorang kengkawan pergi ke langkawi dan untuk celebrate birthday salah sorang dari geng kitorang ni. Memang menarik dan best ooo..kitorang bertolak dari KL Khamis malam 22hb Mac pukul 1 pagi sebab nak sampai sana naik feri yang 1st. So dapatla lepak dan jenjalan sekejap walaupun penat..kitorang naik dari Kuala Kedah..parking kat area kat depan jeti tu dan gerak ke Langkawi..trip 1st kul 0715am. Apa lagi layan tidola dalam feri..

tido punya tido punya tido..tak sampai juga..tido lagi..baru sampai..perghhh !!..penat habis badan-badan aku..dahla pakai suar pendek je..duk dekat dkt dgn aircond feri..dia punya gigil..ish..ish. Sampai je kat jeti aku terus cari ATM nak keluarkan sikit duit..dan korang nak tau apa yang paling lawak dalam hidup aku setelah sampai kat langkawi..hahahah..beg duit aku yg penuh dengan segala harta benda tertinggal dalam kereta kat jeti Kuala Kedah..adusss!!!

Aku : Bang..oo bang..
Bro : haa..mende..
Aku : Beg duit aku tertinggal dalam keta kat jeti
Bro : La..apa la ko ni..camne leh tinggal dan kat mana ko letak
Aku : Aku tak perasan nak amik..
Bro : ko tunggu kat sana dengan budak-budak lain

** Dialog dengan salah sorang kawan aku.

Trip kitorang ni ada 2 orang matsaleh dari Belgium dan seorang geng baru. Greg, Astrid dan Anita. Jadila 9 orang dalam trip ni..kitorang tido kat chalet kat pantai Chenang..Malibest Resort..memang gempak dan menarik habis..bayangkanla..buka pintu je laut..fuh.!! memang cantik beb..

Kitorang pergi jenjalan ke kereta kabel Gunung Mat Cincang (aku tengok dia tulis gitu), pergi kompleks kraf, makam Mahsuri dan underwaterworld..(yang kat KL pun tak pergi lagi) dan jenjalan biasa jer. Bercutila katakan..mana leh penat-penatkan badan. Bab makan-makan ni kitorang pergi kat Fat Mum Seafood Restaurant..memang gemuk aunty tu..hehehe..dan makan ikan bakar kat Restoren DiFiqa.

Kitorang sempat juga pergi makan "brunch" kat The Loaf. Kedai roti milik Tun Mahathir kat pantai Kok. Memang sedap roti kat situ..korang patut try roti bolognaise dan ice coffee dia..sebab ice coffee dia memang unik bentuk persediaan dia..ingat pesanan ini : KENA TRY !!

Aku rasa itu je aktiviti yang kitorang wat selain daripada mandi laut dan main volleyball pantai. Memang menarik percutian dan tak menarik bagi aku sebab beg duit tertinggal kat dalam kereta..


Anyway i had a very nice holiday and meet new friends..Visit Malaysia..Visit Langkawi.

Thursday, March 22, 2007

Poskad yang pertama


Gambar yang aku letak tu..adalah poskad pertama aku terima setelah berdaftar dengan satu website untuk menghantar dan menerima poskad dari satu dunia. Satu inisiatif yang aku ambil untuk meluaskan nama aku kesuluruh dunia..hahaha(riak sungguh..adi,cool adi). Aku rasa benda ni taklah menyusahkan sangat, cuma korang kena cari poskad yang cantik di mata korang dan "request address" dari pihak website tersebut dan dorang akan kasi random address kat korang. Pastu pandai-pandailah korang nak tulis apa kat poskad tu dan hantar..mudah. Lainlah kalau korang malas nak pergi pejabat pos. Dekat ofis aku pejabat pos dia dekat tingkat bawah je..bestnya ofis aku ni. Ada taman-taman diraja(landscape air pancut), kolam ikan koi diraja(kat tengah-tengah landscape), dayang-dayang diraja(Perempuan yang kerja kat semua blok) dan tempat makan diraja(mamak) Lagipun, aku rasa macam international sikit hobi baru aku ni.hehehe. Aku dah hantar sebanyak 10 poskad sebab hanya boleh request 5 alamat pada satu masa..memang law dia gitu dan telah sampai 5. Kalau korang nak merasa seronoknya buat hobi international macam aku ni..(ewahh..) lehla klik dekat link ni..layankan...

www.postcrossing.com

**Kualiti gambar tidak memuaskan kerana kamera handphone aku tak power..hahaha

Wednesday, March 21, 2007

Siapakah Azfar ?


Ini adalah Azfar..Azfar orang Kedah..negeri jelapang padi. Dia salah sorang staf kat ofis aku ni. Dia kerja sebagai "Product Specialist" untuk produk biotech. Dia kawan aku, aku nak kenalkan dia pada blog surfers semua. Aku kenal dia dah 2 tahun. Bla..bla..bla..
Program terminated..please try again..kepala aku jem beb..beku arini nak tulis pasal apa. Nanti dah cair..aku posting yang something interesting.

Monday, March 19, 2007

10 hari yang ngilu

1. Semasa kejadian



2. Selepas dijahit



3. Selepas jahitan dibuka



Hari dah masuk 10 hari luka kat jari manis kaki aku kena jahit. Angkara tunjuk hero dan arahan pukul serong oleh kawan aku Suki..hahaha..lawak juga masa tu.

Ceritanya begini..10 hari yang lepas, aku dan kawan-kawan nak wat BBQ. So kitorang setkan masa dan kat mana nak buat. Kitorang pilih rumah Eddy sebab dia baru khawin dan nak tengok rumah baru dia.

Tengah nak bersiap nak bakar ayam, meja tak di keluarkan lagi, apa lagi..pergi angkatla..meja makan diangkat..jeng..jeng..jeng. Sampai kat pintu depan tak muat, secara tiba-tiba terdengar satu suara cakap "Wei..pukul seronglah".."ok", bila start serong jer.."prannnggggg..""berderai meja tu..memang meja tu jenis tak lekat pada kakinya. Pada mulanya aku tak perasan jari aku dah terbelah..sebab nampak bergaris jer..bila start aku jalan jer..membuak-buak darah kuar dari luka. Apa lagi..tunang aku dah start macam-macam dah dengan ceramah..Hehe.

Cool...rileks..macho..

Dipendekkan cerita..aku duk kat Hospital Serdang dekat 2 jam sebab doktor ada sorang dan pesakit ada berlambak, jari aku dah start membengkak dan last-last pergi klinik 24 jam. 4 jahit aku kena..korang leh bayangkan tak bila jari aku dah membengkak dan keras, doktor cucuk ubat bius..Fuhhh..!!! Masyukk..!!

BBQ terus berjalan seperti biasa..hahaha..pengalaman mengatasi segalanya beb..hero kena kuat..ewah..

Sehari di rumah Anas


Hari ini aku lepak kat rumah Anas. Dia jemput kawan-kawan datang rumah dia dan menjamu makanan. Best giler..macam-macam lauk ada tadi. Udang masak sambal (besar beb udang tadi), ayam masak resepi spesial dari sabah, sayur Khairil, ikan bawal masak kicap dan goreng. Perghh..memang menarik habis makanan tengahari tadi. Aku siap tambah dua pinggan sebab sedap dan berselera..lapar pun salah satu sebabnya.hehe. Lepas habis makan, layan DVD pulak..cerita Blood Diamond..ala..yang Leonardo Di Caprio berlakon tu..cerita dah lama cuma tak sempat nak tengok kat wayang jer. Memang kejam habis cerita tu..tembak-tembak dan kerat-kerat..takut. Lepas habis layan DVD..semua pun dah layan mata dan dorang pun balik, cuma tinggal aku dengan Pesort jer menjadi teman Anas sebab malam tadi ada badminton. so lepak dulu dan tgk CSI kejap dan Buat milo sorang satu dan layan tengok Malaysia lawan Denmark..cayalah Malaysia..menang!! good job..aku gerak balik..zzzzzZZZzzzzZZZ...Malaysia Boleh !!

Sunday, March 18, 2007

AF Bo(ring+san) = Boring + Bosan (hehe)

Aku baru lepas tengok AF tadi. Agak memboringkan dan membosankan daripada 1st konsert pelajar tahun lepas. Slow "abess.." kali ni. mungkin masih malu dan terkejut lagi kot..takpelah, kita tengok minggu depan lak..masih atau berubah cara dorang..korang rasa la kenapa si Zana tu tarik diri..aku ada juga belek 2 3 blog yang ada..dorang kata ada tersebar gambar tak pakai baju si Zana tu Cik Non oii..agaknya tu sebab dia tarik diri..takut malu. Ntahla..biarlah apa dorang nak kata..aku ni jenis yang tengok jer..takde nak amik tahu segalanya..tahun ni juga ada mulut laser yang agak menarik untuk dibenci (mak aku yang cakap..adik aku sokong..haha). Ogy Dato' Ahmad Daud. Oklah..malas nak mengomel pasal AF untuk malam nie. Layan lagu lagi best sambil tengok blog-blog yang menarik..layan..

Saturday, March 17, 2007

Hari sabtu yang malas..

Boring betul arini..takde benda aku nak wat..semalam aku tidur agak awal jugala, bangun tetap lewat..hehe..harini life aku bermula dengan segelas teh o sejuk yang mak aku buatkan..sedap sungguh. Tanpa mandi aku duk lepak tengok TV, biasala bagi orang bujang macam aku ni..lainlah dah khawin. macam ni juga.hehe. Cerita kat TV tak berapa nak menarik. Cerita pasal "akak-akak" jadian yang penuh pancaroba hidup. Aku masuk bilik, on laptop dan surf apa yang patut dan wajib. Terlelap kejap dan sebelum zohor aku bangun balik. Lom mandi lagi..lepak dulu. Tawaf kedepan dan kebelakang rumah aku dan setelah berpuas hati, aku mandi. Sejuk beb walaupun dah tengahari. Hari ini sup ayam menjadi hirupan aku dan makanan tengahari. Perghhh..kena lak dengan sambal belacan. meleleh !!. Aku masih boring dan malas, apa nak wat ek ? apa lagi kemas bilik dan punggah apa yang patut di buang. Last-last terjumpa DVD yang taktau dah berapa lama dia tersorok kat situ. The Longest Yard. Tinggal dulu kemas dan layan DVD. Habis je DVD, aku terus keluar ke Kedai Gunting Basri. Panjang dah rambut aku ni..dah meleret-leret ke telinga. Siap gunting rambut, terus balik umah sebab ada benda musatahak. Aku amik timba dan gayung (Cebuk..belasah jer)..dan tanpa berlengah-lengah, motorku ku basuh..kesian moto aku..dah lama tak mandi, mandi hujan je sejak dua menjak ni. Jangan risau motorku, aku akan menjalankan tanggungjawab sebagai tuan motor harini.heheh..fuhh !! penat juga tertonggeng-tonggeng membasuh motor ni rupanya. Pinggang tangkap ooo..lepak. Tuutt..Tuutt..

Bro : Beb, watper?
Aku : Basuh Motor..knp?
Bro : Sok dtg umh..tghri. kul 1. ajk pesort sekali.
Aku : Apa pasat?
Bro : Dtg mkn, ada makanan bes.
Aku : Ok bro, see ya..

Yes..!! Makanan best..

The end....

PULANGKAN.. (Lagu PTPTN)

(Ex-Student)
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peramkan hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku

Pulangkan hutang-hutangku-(Pegawai PTPTN)

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)

Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)

Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)

Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)

Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke mana jua
Hingga akhir masa

Friday, March 16, 2007

"Create Your Own Star" matsaleh kata



Korang pernah terpikir tak nak letak nama korang kat bintang-bintang yang ada kat atas jalan raya Hollywood yang "famous" tu..tapi korang bukan bintang..bulan pun belum tentu lagi kan..silap-silap takde langsung..hehe. Aku ada cara yang mungkin membolehkan korang meletakkan nama korang kat bintang-bintang...jadilah, dari takde langsung kan? Ok..peluncur-peluncur sekalian..kat bawah ni..aku kasi URL dia dan korang buatlah apa yang korang suka kat bintang korang..aku dah wat..itu nama gabungan aku dengan tunang aku..dah bertunang aku ni ek..

http://www.getyourownstar.com/menu.php

Yea..Yea..handphone baru


Yes..at last..aku dapat handphone baru, Nokia 9500 Communicator. Nak beli yang 9100 tak mampu lak aku rasa walaupun dia nipis dan kecik sikit dari ni..oklah, jangan nak merungut lak.Sebelum ni aku memang peminat setia pada Sony Ericsson sebab sound dia memang aku rasa yang terbaik dengan semua handphone yang ada (ye kot..) dan rasa macam lain dari orang lain.hehe..sebab kena bawa charger sendiri dan orang lain takleh nak pinjam. (Gempak ooo..). Last phone yang aku guna Sony Ericsson P910i. Memang menarik model tu..tapi sayangnya..terjatuh dan keypad dia rosak. Aku tekan A dia kuar M. Tak pening aku nak menaip SMS. Lagipun, nak juga aku merasa teknologi Nokia yang diguna pakai oleh hampir semua umat dalam Malaysia ni.

Ex Manor ( 8 Jahanam )


Mohd Nazari Khalid (Abot)


Syahrul Nizam Shariff (Ejam)


Mohd Zaidi Zakaria (Eddy)


Mohd Jasni Daut (Jas)


Nizam Abdul Malek (Nije)


Raja Syahrul Fahmi Raja Amir (King)
Hadi Yahaya (Adi)
Ahmad Dasuki Mohammad Ramli (Suki)
Inilah geng-geng yang dulu masa belajar. Kawan-kawan yang duduk satu rumah. Segalanya bersama..mandi je tak, tidur mungkin ada.ahakss..Minggu lepas baru je lepak dengan dorang wat BBQ kat umah Eddy. Semua ada kecuali Abot. Dia kat Batu Pahat, Johor. Masa tengah sibuk nak wat BBQ ada kejadian yang tak diingini berlaku. Tak payahlah nak cerita. Menyegankan..hehe. Tapi semua ok. BBQ berjalan macam biasa. Lepak punya lepak..dekat pukul 4 baru sedar dah lewat..apa lagi, balikla..pejamkan mata, rehatkan badan.

Thursday, March 15, 2007

Akhirnya...

Setelah lama tak memposting something dalam blog aku ni..kini aku kembali. Password utk blog ni aku hilangkan..agak jenuh aku mencari kat mana aku simpan dan sorok..setelah beberapa bulan yg agak mengecewakan, tanpa penat lelah..aku teruskan mencari dan mencari..akhirnya..baru aku teringat kat mana aku letak..hairan bin ajaib betul..aku rasa aku dah cari dah kat tempat tu haritu..tapi camne takleh nak jumpa..nak wat camner..takde rezeki kan..so no worries..im back and will shoot back what i have left..

Sambung kembali apa yg tertinggal..sejak Jun 2006 lagi beb..tak berapa ingat tapi ingatlah..apa yg boleh diingati..tapi bukan sekarang..tapi pada celoteh aku yg seterusnya k...mengantuklah..sok jela aku sambung ek..bye