Wednesday, August 29, 2007

Preview penggalakan..

Entry kali ni hanya nak preview hadiah yang akan korang dapat kalau dapat menjawab soalan aku nanti..kalau rasa cam nak T-Shirt ni..tunggu entry yang berunsur soalan ye.Opss..lupa..baju ni saiz L je yang ada.

Saturday, August 25, 2007

Seakan-akan mukaku dengan dorangla..

http://www.myheritage.com



Korang kena try tau benda ni..dan paling aku bangga sekali sebab muka aku seakan-akan muka Bob Marley(Penyanyi), Einstein(korang tau dia sapa..), Xzibit(Rapper), Sachin Tendulkar(Pemain Kriket), Cyndi Lauper(penyanyi), Maggie Cheung(pelakon) dan lagi 3 orang aku tak kenal sapa..hahahaha.

Tuesday, August 21, 2007

The Winner is..

Hari isnin aritu aku ada wat entry untuk pecahkan kod apa yang aku tulis..Ramai yang try dan yang terpantas menjawab hanya sorang..ZANA SADRI. So tahniah atas kecekapan anda dan hadiahnya akan menyusul nanti.



Sepertimana yang aku katakan sebelum ni ..aku ada kepelbagaian cara untuk kasik korang hadiah..tapi korang kena tunggula apa soalan yang aku kasik dan korang kenala jawab untuk dapat hadiah tu.hehehe..mudahkan. Sorang dah dapat..anda bila lagi...cam iklan tv la pulak. kepada yang tak dapat menjawab soalan haritu..nanti-nanti adalah soalan lain dengan hadiah yang menarik.

Monday, August 20, 2007

Korang nak hadiah tak...??

Selamat pagi dan selamat hari isnin..arini aku ada entry yang ada hadiah lagi nak kasi kat korang. Aku ni penuh dengan kepelbagaian..jadi korang pun kenala pelbagaikanlah juga cara-cara nak jawab benda kat bawah ni ye..entry kali ni sapa cepat dia dapat..sebab hadiah ada satu jer..so sesiapa yang menjawab dengan tepat dan 1st kat emel aku..dia menanglah..senang je. emel aku : tunlestat@gmail.com

19 5 12 1 13 1 20 <> 13 5 14 25 1 13 2 21 20 <> 8 1 18 9 <> 13 5 18 4 5 11 1 .. <> 1 11 21 <> 4 1 8 <> 16 5 3 1 8 11 1 14 <> 11 15 4 <> 14 9 .. <> 1 11 21 <> 14 1 11 <> 8 1 4 9 1 8 <> 4 1 18 9 <> 12 5 19 20 1 20 .. <> 1 11 21 <> 11 5 14 1 <> 5 13 5 12 <> 11 1 20 <> 4 9 1 <> 1 12 1 13 1 20 <> 1 11 21 . <> 19 1 16 1 <> 3 5 16 1 20 <> 4 9 1 <> 4 1 16 1 20 .. <> 12 5 19 20 1 20 <> 8 5 2 1 20.

<> = ruang/space


Kalau nak hadiah..pecahkan dulu kod tu dulu..

Hadiahnya adalah seperti berikut :


Selamat Berjaya

Tuesday, August 14, 2007

Setelah aku diugut..


Tajuk cam gempak je kan..tapi tak gempak mana pun..hehehe. Aku sebenar telah diugut untuk memberitahu jawapan kepada teka-teki ngarut aku yang lepas..walaupun pada mulanya aku nak biarkan jawapan aku diselubungi misteri..tetapi setelah aku teliti dan aku rasa takut dengan ugutan itu..cewahh..Aku ingin memberitahu jawapannya. Tapi segala jawapan yang diberikan adalah muktamad dan takde sesapa leh ubah jawapan aku..tapi jangan risau..aku ada teka-teki ngarut lagi dari yang ni.

Soalan : Apa beza taik hidung dengan pinggan..??Kenapa dan sebab-sebabnya.

Jawapan : Perbezaannya adalah..taik hidung bawah meja dan pinggan atas meja.

Sebab-sebabnya : Cuba korang duk kat kedai mamak cam aku yang spend almost everyday 3-4 jam kat Safiz Hartamas tu..(Tak juga hari-hari..kekadang tunang aku bising gak suruh lepak sejam jer..hehehe..bukan takut..tapi sayang..faham ye sedara-sedari) sampai aku kat meja je..dorang dah tau kitorang nak minum apa dan rokok apa yang nak dihisap..mengarut dah aku ni dengan citer lain.hehehe. Sambil duk lepak tu cuba korang korek hidung korang dan secara spontannya korang akan meletakkan taik hidung korang tu bawah meja untuk membuang bahan kes yang korang keluarkan tadi. Korang takkan selet kat atas meja punya. Korang pun risau kalau kengkawan lain nampak korang selet kat atas meja..dan korang akan selet bawah meja dalam keadaan yang paling kawan korang tak nampak dan cover-cover..Believe It..ahakss.


Sekian Terima Kasih

Monday, August 13, 2007

Seminggu berlalu..


Seminggu yang lepas..pada hari isnin 06.08.07 bapa kepada tunangku, Hashim B. Awang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.30pagi kerana penyakit Respiratory Failure due to Chronic Obstruction Airway Disease. Seorang pesara kerajaan dan jawatan terakhir adalah kerani kanan di Pejabat Setiausaha Kerja Kerajaan Negeri Terengganu..Al-Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh.Amin

Seperti yang aku janjikan pada minggu lepas untuk memberi jawapan kepada teka-teki ngarut pada hari ni kan?? Tapi masalahnya..takde sorang pun yang emel kat aku dan takde langsung jawapan yang betul aku terima kat komen..Jadinya..hadiah tu akan kekal kat aku dan akan diberikan pada pertandingan yang akan aku buat pada masa yang akan datang.hehehe.

Tahniah juga pada Team Red Diva dan tahniah juga wat team Burberry kerana kalah pada team Kak Red. Maaf kerana tidak dapat hadir kerana ada beberapa urusan yang perlu aku bantu pada keluarga tunangku.

Friday, August 03, 2007

Yes..bizi no more (yeke..??)

Setelah tak mem"posting" sesuatu...kini aku kembali..

Aku bizi bukan kerana nama atau pangkat yang aku kejar..aku cuba menyiapkan apa yang di amanahkan kepada aku untuk diselesaikan walau apa caranya..mungkin orang takkan faham seperti komen-komen lalat yang aku terima..biarkan.Terima kasih dan semoga orang tu selesa dengan caranya tersendiri.Aku doakan supaya dia memberikan kritikan lagi selagi dia mampu dan di izinkan olehNya.Tak mampu untuk menyekat kebebasan seseorang itu.Lantaklah..

Ok..let the by gone be by gone..start the new way.

Seperti yang aku janjikan kepada semua orang..aku ada karutan menarik untuk korang. Ini bukan sebarang karutan..tapi ia adalah satu pertandingan antara korang dan korang akan menerima hadiah misteri daripada aku.


Syarat pertandingan.Sila baca..

1. Tempoh pertandingan adalah selama 5 hari bermula daripada Isnin (6 Ogos 2007 - 10 Ogos 2007 ). Jikalau emel jawapan korang di terima sebelum dari dan selepas tarikh pertandingan..jawapan korang tak AKAN diambil kira.

2. Jawapan korang akan dibandingkan dengan jawapan aku yang muktamad dan yang paling tepat dan hampir akan menang. Segala keputusan adalah muktamad. Selepas tamat tarikh pertandingan dan pemenang dah ada..emel tak puashati atau komen yang tidak membina secara langsung tidak akan dilayan dan akan didelete..DELETE tau !!

3. Jawapan penuh akan diberikan pada 13 Ogos 2007 dan beserta jawapan yang menang. Korang ada 5 hari untuk menjawabnya.

4. Segala jawapan hendaklah dijawab di dalam bentuk emel beserta dengan sebab-sebabnya dan bukan dalam bentuk komen. Kalau kat komen area tu, bukan jawapan..itu komen. Tapi komenla..letak URL blog korang untuk kepastian korang ada blog ke tak beserta dengan jawapan.URL korang akan diletakkan pada list kawan blog ini.

5. Jemputlah seramai mana kawan-kawan blog korang untuk menjawab teka teki ngarut aku ni. tetapi..hadiah hanya ada satu je.

6. Sekiranya tiada jawapan yang tepat dan hampir-hampir..hadiah akan dikekalkan dan pertandingan lain akan diadakan. Bergantung pada pihak penganjur.

7. Pertandingan ini tidak melibatkan mana-mana pihak dan termaktub pada undang-undang aku sendiri.

8. Segala soalan teka teki ngarut ini memang ngarut serta telah diteliti dan jawapannya telah diakui oleh 5 orang kawan aku yang terkena..yang dah terkena tu takleh masuk pertandingan ini.



Soalannya adalah seperti berikut :

Apa beza taik hidung dengan pinggan..?? kenapa dan sebab-sebabnya

emel jawapan kat : Tunlestat@gmail.com
Subject : Jawapan Teka Teki Ngarut


Selamat Berjaya !!