Friday, October 26, 2007

Kudaku sudah 10000KM

Macam tak percaya lak..sejak beli sampai sekarang..dah 10000km aku bawa round motorku ini..fuhh..rasa macam tak pergi mana pun..pergi kerja..balik kerja. Kalau dikira-kirakan..mau dekat 10 kali aku ulang alik Johor ke Perlis. Lebih kurang kot..taktau exact kilometer from Johor to Perlis..Nasib baik aku nak tertengok meter tu..kalau tak..terlepas peluang untuk snap gambar..hehehe. Gambar kat bawah menunjukkan detik-detik sebelum pertukaran no tu ke 10000km..mungkin ramai yang kata aku gila sebab sengih sensorang kat tepi jalan sambil pegang handphone tangkap gambar meter..Kak Red..you 5k..i 10k..hehehe

Jeng..jeng..jeng..akhirnya



Dah 10000km ko berjasa pada aku..berjasa untuk aku lagi untuk 20000km lak.

Motor : Baiklah..!!

** Semalam aku jumpa Lily..borak punya borak punya borak..sekali timeoutla..sori tau Lily.

Tuesday, October 23, 2007

MyTeam vs Indonesia

Hampeh..


Pada hari ahad yang lepas..saya dan dua orang rakan beserta pasangan mereka pergi untuk melihat pemain-pemain bolasepak handalan kita beraksi melawan negara Indonesia yang ramai sungguh umatnya dinegara mereka.


Kami mendapat pass masuk tanpa menggunakan tiket yang tertera di atas kerana kawan kami telah menelefon kami samada mahu masuk dan duduk tempat sebelah VIP..kami taknak tempat VIP sebab nanti VIP tengok-tengok kami bila MyTeam main tak betul dan keluar macam-macam perkataan dari mulut kami yang manis ini. Jadi kami duduk kat bahagian tetamu.



Betul dan tepat tekaan kami.MyTeam bakal mendapat kata-kata manis dan pujian-pujian yang memberansangkan dari kami bertiga. Bukan kutukan tau..tapi pujian..tahniahlah..korang berjaya menyeronokkan diri korang bermain bersama pasukan negara Indonesia. Penyokong MyTeam tetap ramai dan seluruh pembinaan di Kuala Lumpur dan Selangor tak siap kerana penyokong Indonesia bercuti diatas kemenangan negara mereka..hehehe

Monday, October 22, 2007

Oh Rayaku

Yang boring...


Dah berabuk dah blog karutan aku ini..sapala punya tuan blog ni.takleh diharap langsung.hehehe. Korang semua ada cerita pasal Hari Raya korang dari sebelum raya dan sampaila raya ke3, ke4 dan seterusnya..aku juga yang takde citer pasal raya tahun ni..

1st Raya
Aku tak semayang raya sebab masjid dah terlampau penuh dan melarat-larat sampai ke pagar masjid.dan dorang start awal dari yang diwarwarkan..kesian aku yang dah sampai tapi takleh nak semayang..aku balik..dah takde rezeki aku tahun ni. Balik je ke umah..letrik lak takde.Spoiled betulla TNB ni..time-time orang tengah duk sibuk nak beraya..dia leh lak main tutup-tutup suis tu. Mood hilang tau TNB. 1st raya je..aku dah dapat 70 orang tetamu yang datang bukan sekali ye..yang semuanya sedara-sedara yang dulunya kecik-kecik dan sekarang dah bagak-bagak. Setel suma..aku tido..end of 1st raya

2nd Raya
Nothing much to do..just lepaking sambil tengok-tengok tv dan prepairing my luggage to Terengganu..harap je prepare awal..last-last lagi 2 jam nak gerak..baru aku kemas semuanya.hehehe

3rd - 5th Raya
In Terenganu..takde citer nak citer di Terengganu..just Aku & The Tunang punya citer ek..

** Sorry to bro matredo1 kerana tidak memberitahu kehadiran aku di negeri beliau. lenkali kita gi teluk ketapang..makang ikang celup tepung..

Itu je aktiviti raya yang aku buat untuk tahun ni..boringkan..tak macam korang yang round sana..round sini. Macam-macam aktiviti. Lagipun tahun ni aku takleh nak berbelanja hebat-hebat macam tahun lepas..hehehe..sebab tahun depan aku dah nak khawin so..kenala berjimat-cermat amalan kita. Tiada gambar yang dapat aku snapkan kerana kamera handphone ku tak berapa gagah..

anyway..terima kasih pada mereka yang wish Selamat Hari Raya pada aku di handphone,kad raya dan juga di internet..

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri
1428H
Maaf Zahir & Batin

diucapkan kepada semua rakan-rakan