Wednesday, November 28, 2007

Opss..dah lama tak mengarut

Dah lama rupanya aku tak mengarut dalam arena blog ni..bukan kerana malas tapi kerana tuntutan kerja yang banyak..kesana-kesini, seminar sana sini, dan pelbagai lagila kerja yang kena dibuat. lagipun kalau aku menulis dalam keadaan kelam kabut..takut nanti aku tulis cincai jer..baik aku take time dan buat pelan-pelan.

Busy aku start masa awal bulan November lagi, dengan perhimpunan agung, perhimpunan Bersih dan juga perhimpunan HINDRAF..tapi yang Bersih dan HINDRAF tu aku tak campurla..takut aku kena dengan peluru asap yang memedihkan mata dan air semburan berwarna oren dari pihak berkuasa kita..dah elok kulit ni warna cantik-cantik..jadi oren lak.hehehe.Alien jadinya.

Selepas daripada perhimpunan agung, aku jadi jurugambar untuk majlis pertunangan kawan aku di Setiawangsa dan sebagai hadiah dan sebagai salah satu hantaran..aku hadiah kawan aku dengan cupcake yang sangat cantik hiasannya yang ditempah khas dari My Heart Cupcakes. Terima kasih Kak Sue..dan terima kasih Lily sebab tolong aku carikan no telefon Kak Sue. Kalau tak..mau menganga aku nak call Kak Sue camne..hehehe. Majlis disertai dengan hujan yang agak lebat dan kalau korang perasan baju dalam gambar kat bawah..basah lenjun.hehehe. Tahniah kepada Mohd Azmir Khairuzzani dan Maizatulshila Bt Mohd Salleh.

Aku rasa aku stop dulu kat sini kerana tak best nak cerita benda-benda lain dalam satu column..nanti takde citer dah. Next cerita will be a trip to Johor and my first trip to Singapore.