Wednesday, April 23, 2008

Senyum dan terus senyum lagi


Kenapa aku terus tersenyum...?

Bukan kerana birthdayku pada 17 April yang lepas..tapi kenapa aku tersenyum.hehehehehe.
- Rasa nak senyum je kot
- Satu senaman
- Bla..Bla..Bla

Friday, April 11, 2008

Jadi Raja Sehari Je..

okla tu...

Aku punya majlis persandingan di Terengganu diadakan pada hari yang sama aku akad nikah. Tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk diuruskan dan cuma kelamkabut sikit adala..biasala tu. Aku sampai ke rumah pengantin perempuan pada pukul 2 petang dan kawan-kawan bloggers yang hadir adalah family abg Matredo1.Thank you bang for coming.

Wednesday, April 09, 2008

Aku Sekarang Suami Orang

Apa kabar suma..kabar baik kan? Dah bersawang rupanya blog aku ni..aku ni diruntun dengan kebizian yang amat nyata tak dapat nak dielakkan..

1. Bizi pertama : Aku turun naik ke utara Malaysia sebanyak 7 kali dalam masa 10 hari..so memang bizi
2. Bizi kedua : Aku menyiapkan persediaan untuk menjadi suami orang dalam masa turun naik tadi..so memang bizi.

Yang aku nak cerita bukan bizi yang pertama, tapi bizi yang kedua. Setelah aku mengikat pertunangan dengan "The Tunang" yang kini "The Wife" selama 2 tahun, maka sampailah sudah tarikh dimana aku dan dia disatukan. Aku sekarang suami orang.hehehe..So kepada kawan-kawan yang hadir ke majlis sebelah Terengganu dan sebelah KL aku ucapkan terima kasih dan kehadiran anda memeriahkan lagi majlis aku dan The Wife.

Kini aku ingin merasa seperti orang lain yang sudah berkeluarga dan merasai susah payah nak membina satu keluarga yang aman damai..tak banyak yang aku rasa lagi..dan ianya bakal aku lalui. Kalau ada kawan-kawan yang sudi doakan kat aku..mehla doa ramai-ramai..amin.

Preparation nak kawin ni perit juga..dengan kerja yang banyak dan masa hanya ada pada hujung minggu untuk selesaikan semua..tapi alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar dan ada masalah pun hanya sedikit sahaja..tapi itu tak jadi masalah.

Cerita banyak tak guna, tembak tak kena, ntah ye ke tidak, ntah buaya ke katak..aku letak gambar-gambar aku masa nikah dulu ye..akad nikah aku dibuat di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan Masjid Terapung pada pukul 11.30pg.