Friday, May 30, 2008

Lagu seterusnya..

Setelah lagu burung tiong tu rasa-rasanya Cik Meen kita yang betul, kita sambung lagu yang lain pulak. Aku cuba ingatkan satu lagu yang aku asyik duk nyanyi sekarang..ingat-ingat lupa la, tapi adala sikit sound dia yang betul. Tapi tak lupa juga pada Cik Angel yang menyamar telah meng"compose" lagu Burung Kakak Tua kat bahagian komen. Tajuk lagu ni memang aku tak ingat..tapi aku rasa ada yang orang akan ingatkan untuk aku kot..hehehe. Lestat..nyanyi..ehem..ehem..

Tajuk : Memang tak ingat langsung..

Indahnya aku rasa
Di atas puncak gunung
Ku lihat di lembahnya
Berbalam kampung-kampung

Dinginnya aku rasa

Di atas puncak gunung
Nyaman sungguh selesa
Buat aku termenung


Berjumpa kita lagi di masa yang akan datang..dengan lagu yang seterusnya.

Thursday, May 29, 2008

La..la..la..la..la..la..la..

shhhhh...bisingla.

Entri yang lepas korang dah baca kan..aku pun sendiri tergelak juga tau..komen-komen dari korang suma best-best lak.hehehehe. Entri yang ni aku takdela nak citer pengalaman lawak aku lagi sebab takde lagi yang berlaku..kalau ada pun yang biasa-biasa jer.Aku sebenarnya tak bizi untuk update blog aku ni, cuma aku kekeringan idea nak tulis apa, kang aku tulis ngarut, tak best nak baca. so arini aku nak mulakan satu benda yang aku rasa agak menarik bagi aku..iaitu

MENGINGAT LAGU-LAGU MASA SEKOLAH DAN UNIVERSITI

bukan tiru cerita jangan lupa lirik tu tau..tapi aku rasa..aku akan lupa juga 2 atau 3 baris lagu tu sebabnya aku cuba try ingatkan tanpa cari kat mana-mana. Ok, aku mulakan dengan lagu yang aku rasa mungkin budak sekolah sekarang tak nyanyi dah. Dengarkanlah..


Burung Tiong

Aku burung, burung tiong berperi
Hidup didalam sangkar ku ini
Suaraku seperti manusia
...............................<- Aku tak ingat apa dia.

Chorus :
Aku burung, burung tiong
Sungguh pandai menyanyi
Aku burung, burung tiong
...............................<- Konfem aku fail dalam cerita jangan lupa lirik.hahahaha

** Kalau ada kengkawan yang ingat..mehla nyanyi bersama-sama saya. Kalau korang rasa susunan lagu pun songsang..unsongsangkanlah yer..

Thursday, May 15, 2008

Kenapa bang...

korang rasa kenapa tajuk aku gitu...tapi korang takyah rasa..baca je apa yg aku tulis kat bawah ni nanti ye..

Ceritanya camni..semalam, aku pergi The Curve nak pergi cari barang sikit untuk dibuat sesuatu. Aku park "The Motor" kat tempat biasa. Bila dah turun dari "The Motor" semua, aku pun kuncila apa yang patut dan tengah duk kunci-kunci tu, aku ternampak motor sebelah ni siap dengan rantai berbagai kat tayar motor dia. Tapi, yang aku peliknya, dia tak tekan kunci mangga kat rantai tu. Aku rasa dia terlupa kot..entahla. Aku sebagai insan yang tengah rajin, prihatin, kesian dan risaukan keselamatan motor sebelah tu, lantas menekan mangga tersebut. Selamatlah motor mamat tu tadi. Tak habis begitu saja..yang thrill lepas ni..

jeng..jeng..jeng..

Dekat sejam juga aku meround dalam The Curve tu..last-last aku pun rasa nak balik. Dengan girangnya aku berjalan menuju ke "The Motor" kesayanganku selepas "The Wife" yang disayangi..i love you so muchlah..ehem-ehem..lestat, concetrate..ok..ok..bila sesampai je aku kat tempat "The Motor"..aku ternampak satu mamat tengah duk mencangkung dan tergaru-garu kepalanya sambil mengaduh nasibnya di sebelah "The Motor". Aku pun buat cam biasa..buka semula kunci dan ambil helmet dan jaket semua dan bertanya kepada mamat sebelah tu.

Lestat : Kenapa bang? Tayar pancit ker?
Mamat : Tak pancit..
Lestat : Habis tu..??
Mamat : Tadi masa saya rantai motor ni, mangga dia saya tak tekan..buat acah-acah jer..sebab kunci dah hilang. Bila sampai kat motor je, nak buka..tengok dah ada orang tekan. Ni tengah duk pening macam mana nak buka. Rajin betul orang tu pergi tekan..aduhhhh...
Lestat : Uisshh..siapa la yang tekan agaknya kan bang. Takleh nak tolongla bang..gerak dulu

Dalam hati aku cakap, mana ada dalam isu keselamatan main acah-acah dan orang yang menekan kunci itu adalah AKU..!!..hahahahahahaa.Larikkk...

Kalau orang yang terkunci semalam ada terbaca blog aku ni..ampun dan maaf ye..aku tolong selamatkan motor ko yang harganya lagi mahal dari panggil cina tukang kunci tolong bukakan..hehehe.

Monday, May 05, 2008

Ingin Dikhabarkan Kepada Semua

kenapa dalam last entry aku senyum dan senyum lagi..

Kerana "The Wife" telah disahkan pregnant dan aku bakal jadi seorang ayah..(walaupun masih awal) yippeee..tu sebab aku tersenyum je kerjanya. Rezeki dari Allah s.w.t untuk kami berdua.