Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya + Eid Mubarak




Ikhlas Daripada

Hadi B. Yahaya & Rosmana Hayati Bt. Hashim


Wednesday, September 10, 2008

Kau mari sini..

apa lagi En.Polis ni nak..

Asal aku ada masalah dengan polis jer, mesti ada benda kelakar aku nak cerita pada korang. Kiranya kisah polis ke-2 la nie. Yang haritu pasal aku nak kena lempang kan, sekarang aku nak cerita yang lain.

Benda ni jadi lebih kurang hujung bulan 7 aritu. Setiap hari isnin pukul 8-11 malam, aku dengan kawan-kawan aku akan main badminton kat KSS untuk menyihatkan badan dan selain dari itu dapatla jumpa kawan-kawan yang jarang dijumpai. Macam spesies terancam tau dorang ni. Jumpa kadang-kadang sebulan sekali. Silap haribulan, mau berbulan-bulan. Lepas habis buat aktiviti menyihatkan badan dan dah sudah lepak minum bersama, aku pun nak balik umah. Biasalah, dah berpeluh-peluh badan, aku pakaila simple-simple je, aku pakai T-Shirt, Suar pendek dan selipar je nak balik. Beg kat dalam raga "The Motor".

Tengah sedap bawa "The Motor" layan perasaan sambil nyanyi lagu Realiti Dan Fantasi - Crossfire, sampai je kat Tol Jalan Duta ada satu mamat ni tahan aku macam main galah panjang, mendepakan tangan nak menahan aku. Aku brekla bagai nak gila, kang aku langgar, susah lak. "Kau mari sini". aku pergi la, nak juga aku pergi lempang dia lak sebab tahan macam tu, tak byk cakap terus dia cabut kunci "The Motor".

En. Polis : Minta lesen dengan roadtax?
Aku : Apsal lak ni En.Polis
En. Polis : Takde, takde...kau pergi tolak motor kau sampai Shell tu.
Aku : Apa salah saya En.Polis?
En. Polis : Jangan banyak cakap, tolak.
Aku : Kunci saya?
En. Polis : Ambil kat sana nanti.

Menolakla aku dengan "The Motor" ke Shell lepas tol tu. Sampai je terus aku kena suruh duduk mencangkung ramai dengan budak-budak yang nampak gaya macam mat rempit jer, memang rempit pun. Aku dulu rempit juga tahun 1998-2000, tapi takdela macam diorang sekarang. Sorang-sorang En.Polis yang ramai tu panggil."Lestat..datang depan" jerit sorang En.Polis perempuan ni (leh tahan juga tau..hehehe).

En.Polis Perempuan : Dari mana tadi ni?
Aku : Baru balik main badminton En.Polis Perempuan
En.Polis Perempuan : Betul ke ni..takkan sampai 2 pagi kau main badminton, aku tengok macam baru balik merempit jer.
Aku : (Cakap baik sikit..lempang kang - makian semua dalam hati ye) Betul En.Polis Perempuan, tak guna saya tipu. Kasut suma En.Polis Perempuan leh cek dalam beg saya tu. Saya boleh call semua kawan-kawan saya yang main badminton tadi.
En.Polis Perempuan : Ok..ok..saya percaya. Tapi nampak gaya macam baru balik rempitla.
Aku : (Lempang juga En.Polis Perempuan ni walaupun kau leh tahan - makian semua dalam hati ye) Takde En.Polis Perempuan.
En.Polis Perempuan : Ok, nah lesen dan roadtax.

Aduh..dekat sejam aku duduk kat situ sebab gara-gara aku disangka mat rempit. kenapa?kenapa?

Tuesday, September 09, 2008

Selamat Kembali LESTAT

Huh..!! Berkarat dah blog aku nie..nak kena beli WD40 nie.

Kepada semua kawan-kawan blog aku yang dah lama tak tengok update karutan dan cerita aku dalam blog ni..harap di maafkan.

Aku bukan tak nak menulis..tapi aku kehilangan "MOOD" untuk menekan keyboard PC aku ni. Ini semua kerana aku telah kehilangan orang yang paling aku sayang dan paling aku rapat telah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2008 yang lepas pada pukul 6.30petang.

Tuan Hj Shahbudin B. Mat, tok aku yang menjaga aku sejak aku lahir bila bapak aku pergi US untuk sambung belajar sehingga aku berumur satu tahun. Nama aku sekarang pun tok aku yang kasi. Aku cucu sulung lelaki jadi akula menjadi kesayangan tok aku. Segala yang aku minta, kemana sahaja akula orang yang didahulukan. Aku menjadi rapat dan kadang-kadang aku menangis bila aku kena balik KL selepas bercuti balik ke kampung. Aku nak duduk dengan tok aku. Aku sayang tok aku.

Tok aku ni seorang askar dahulunya dan berkhidmat dalam pasukan askar Melayu Di Raja dan berpangkat akhir sebagai Koperal di Kem Port Dickson, berasal daripada sebuah keluarga cina beragama islam, yang berhijrah dari Kwang Tung, China ke Malaya pada waktu dulu dan dilahirkan pada 22.12.1924 di Port Weld, Taiping.

Setelah pencen tok aku memulakan perniagaan kedai makan di pekan kecil Tanjung Tualang, Batu Gajah. Di kedai itulah aku selalu melepak, makan mi rebus yang paling sedap opah aku buat, belajar berniaga dan memasak. Belajar mengaji. Aku selalu membonceng basikal tok aku dan di bawa berjalan-jalan sekitar pekan kecil tu, pergi kedai gunting bersama-sama, makan ABC bersama-sama dan bermacam-macam lagi kenangan yang aku tak boleh lupakan bersama tok aku. Semua tok aku belanja, bila aku dah bekerja pun dan aku belanja tok aku, dia tetap nak belanja aku.

Hari ini aku terpaksa tabah dan menahan sedih aku kerana ALLAH s.w.t lebih menyayangi beliau dan aku doakan supaya roh tok aku ditempatkan bersama orang yang soleh dan terpuji di sisi ALLAH.

AKU SAYANG TOK AKU
AL- FATIHAH

Tuan Hj Shahbudin Bin Mat
1924-2008

aku masih boleh menangis bila aku taip entry ni.