Thursday, November 20, 2008

Apa..aku kena tag?

Ya Lestat..engkau telah di tag..tahniahlah.

Bedebah..

Entry ini mungkin mempunyai ayat yang agak menjengkelkan anda dan jiwang sikt..jadi yang kegelian..baca tanpa ada perasaan..ngeh ngeh ngeh.

7 Ciri wanita idaman Lestat

Hmm..susah aku nak senaraikan. Sebabnya nanti kalau "The Wife" baca entri ni, dia kata " amboi..senaraikan ciri-ciri wanita ye".Kena cubit..dah merah peha kanan aku..peha kiri lak jeles."Yang..belah kiri lak".

Apa yang ikhlas aku cakapkan, "The Wife" aku yang seorang ini..SEORANG..mempunyai hampir semua..HAMPIR..ciri-ciri wanita idaman aku..kalau minta 7, aku ada lebih dari itu.

Love You So Much wahai Isteriku, Teman Sejiwaku, Sahabatku dan Teman Beraduku.

7 Wanita yang pernah Lestat minati sepanjang hidup

  1. "The Wife"
  2. "The Wife"
  3. "The Wife"
  4. Kenalah sebut nama "The Wife" dulu walaupun Lisa Surihani penjadi pilihan.hehehe.
  5. Tun Siti Hasmah - Tengok dia jaga Tun camner. Sampai la ni..
  6. Gadis-gadis Bond
  7. Annika Sorenstam
  8. Maria Sharapova
7 Perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang Lestat minati

Soalan yang sukar..huh.

Syok sangat..sangat..sangat.Semua yang Lestat dan "The Wife" buat..semua syok sangat..sangat..sangat.

7 Barangan / sesuatu istimewa yang mungkin Lestat hadiahkan pada pasangan Lestat

  1. Anak
  2. Kasih Sayang
  3. Cintaku padamu
  4. Microwave, Peti Ais, Mesin Basuh Automatik 9kg, TV dan sebagainya.
  5. Kawan buat awak tersenyum
  6. Suami yang boleh tolong picit kaki bila sakit waktu mengandung anak kita.
  7. Kawan mengigau dan esoknya boleh gelakkan Lestat..nakal.
7 Lagu yang akan Lestat nyanyikan untuk pasangan Lestat

  1. How do I,Get through one night without you?
    If I had to live without you,What kind of life would that be?
    Oh, I...I need you in my arms, need you to hold,
    You're my world, my heart, my soul.
  2. Wajah Kesayangan Hamba - Hail Amir
  3. Salam Rindu - Tipe X
  4. Tidurlah - Naif
  5. Piknik 72 - Naif
  6. Lelaki Ini - Anuar Zain.huhuhu.
7 Rakan yang Lestat tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini

  1. Che Det - Kalaulah dia jawab tag ni..akulah manusia yang paling best.

Thursday, November 13, 2008

Bercakap Dengan Lestat : Tamar Jalis

Lokasi : mamakla..kat mana lagi.

Ajemir : apsal ko gelak sorang-sorang ni bru?ko senyum dengan jin ker?
Lestat : nak mampus..aku teringat masa darjah 2 dulu,cikgu ada tanya aku..apa cita-cita aku.
Ajemir : haa..ko jawab apa?
Lestat : biasala, budak-budak.aku jawabla nak jadi bomba.
Ajemir : habis tu?
Lestat : lepas aku, cikgu tanya ada kawan aku sorang tu..ko tau, dia nak jadi mak andam.
Ajemir : hahaahah..laki ke pompan kawan ko tu?
Lestat : lelaki..hahahahahahaha.

aku dan Ajemir gelak sampai berdiri-diri kat wangsa maju.

pada masa aku darjah dua..itu adalah pekerjaan yang..yang..yang ntah.Tapi tidak sekarang.Korang pun tau.ngeh..ngeh..ngeh.

Dia jadi "The Kelas F Contractor" sekarang.Nasib baik ko.

Wednesday, November 12, 2008

Comelnya anak kawan-kawan aku ni...


Yang sorang ni aku tak ingat apa nama dia..panjang bonar.


Ku Amilah Auni Firdina Bt. Ku Mohd Noor Azman (KUMAN)


NAUFAL AKIF B. MOHD ZAIDI (PEN)

Monday, November 10, 2008

Perbualan ini adalah antara kawan aku si Castelor (bukan Castello) dan aku.

Castelor : Haloo..hawau you?
Lestat : Im..fine.hawau to you also.
Castelor : Woi..Tat,aku ada teka-teki untuk ko dari bini aku.
Lestat : Apsal ko tak suruh bini ko je tanya aku?
Castelor : Sebab dia bini aku,aku suami dia.Paham..
Lestat : Baiklah..aku konfius.Teruskan dengan soalan bini ko.
Castelor : Kenapa penguin badan dia putih kat depan dan hitam di belakang?Ok..tata.Tuut..tuut..
Lestat : Memang hawau Castelor ni.Terus letak..pig betul.

Kalau korang tau..apa dia?aku dah tau jawapannya.Korang je lom kot.

Komenlah pada aku wahai pembaca blog aku..hehehehe.

Wednesday, November 05, 2008

Aku peminat Ultraman tau.


Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
Aku ultraman atau raksaser?

baik korang komen..aku fire kang..hah..takut..takut