Thursday, June 18, 2009

Transformers : Revenge Of The Fallens

Transformers ni aku tengok masa aku kecik dulu.Sanggup ponteng mengaji sebab gilakan robot boleh tukar-tukar ni kat TV,dulu hanya kartun biasa dan Bumblebee adalah sebuah kereta Volks Wagon(baca Wolks Vagon).Memang aku tergila-gilakan robot ni.Aku minta juga pada bapak aku nak Transformer..tapi dia bagi buku matematik dan buku bahasa inggeris daripada dia kasi Transformers.Itu semua kenangan aku masa zaman kecik-kecik dulu.Banyak kartun yang aku minat macam Voltron,Thundercats,He Man,Captain Robot,Captain Planet dan yang paling aku minta adalah Ultraman.

Kalau masa dulu aku takleh nk ada Transformers..kini aku leh menjadi dorang, korang boleh create muka korang jadi macam Transformers.Trylah :

JADILAH TRANSFORMERS PILIHAN ANDA

Ini hasil Transform aku kepada Transformers


Monday, June 15, 2009

Nota Lekat Tampal

Dengan lafaz bismillah dan assalamualaikum.

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan sekarang.

Amin.

Thursday, June 11, 2009

Pengumuman Penting..sangat penting.

Ini adalah entry pendek.

Aku Lestat,pemegang cop-cop mohor.Aku dengan ini mengisytiharkan para pemenang yang telah memenangi pertandingan cabaran Lestat.Tahniah di ucapkan kepada pemenang.

Pemenang Pertama :
Pemenang Kedua :

** Hadiah korang nanti aku hantar.aku bizi melayan anak aku.Ini pun aku curi-curi taip bila dia tido.hahaha.
** Yang tak menang..aku ada banyak hadiah lagi.
** Jawapan..?? Ahh..lupakan.Korang pergi tanya pemenang.Dorang hebat.

Wednesday, June 03, 2009

Cabaran untuk mencabar

Setelah 15 komen yang aku dapat memberansangkan termasuk komen dari aku juga,maka aku dengan ini merasmikan pertandingan.

Syarat-syarat pencabar

1. Korang kena jawab semua soalan dan jawapan akhir adalah jawapan yang aku perlukan.
2. Korang kena ikut aturan yang telah ditetapkan.takleh skip sebab korang takkan dapat jawapan akhir kalau korang skip.
3. Aku hanya ada dua hadiah..DUA sahaja hadiah,dimana tempat 1st dan 2nd akan dapat hadiah.
4. Jawapan adalah berdasarkan sapa cepat dia dapat.kalau terlambat,korang tak dapat.
5. Semua jawapan hendaklah di emel kepada aku sebelum hari Jumaat pukul 12 tengahari ke lepakmamak@gmail.com dengan tajuk emel JAWAPAN AKHIR.kelewatan anda amatlah dikesali
6. Hak untuk menentukan jawapan adalah atas tangan pencabar sahaja.
7. Pertandingan ini adalah untuk memesrakan lagi pembaca blog..hahahaha
8. Sekiranya ada masalah apabila mendownload fail soalan.Sila emel kepada aku dan aku akan emel soalan mana yang tak dapat buka.Kelewatan aku menjawab emel akan melambatkan anda juga.

Hadiah untuk dimenangi


Soalan Pencabar Pertama

Apakah jawapan bagi soalan logikal ini :

1,2,6,42,1806,_______ ???

Jawapan ini merupakan password untuk bukak fail soalan Ke 2 di bawah

Download Fail Soalan Ke 2

Soalan Pencabar Kedua

Menggunakan jawapan dari Fail soalan Ke 2 tadi buka fail Ke 3 di bawah

Download Fail Soalan Ke 3

Soalan Pencabar Terakhir

Download Fail Soalan Terakhir



Sekian Terima Kasih
Harap Tercabar

Emel : lepakmamak@gmail.com
Dateline : Jumaat (5hb Jun 2009) sebelum kul 12 tengahari

Monday, June 01, 2009

Korang dah bersedia..?

Lestat
Dunia Maya Internet
50480,Internet

Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

PERTANDINGAN YANG SETERUSNYA

Dengan ini dimaklumkan,bahawa pertandingan yang seterusnya akan berlansung dalam masa terdekat.

Untuk menjayakannya,saya bagi pihak Tuan Punya blog memerlukan sokongan dari anda untuk merealisasikan cita-cita ini dengan menyatakan sokongan anda dalam kotak komen saya.

Saya memerlukan sokongan komen sekurang-kurangnya 15 komen dari orang yang berbeza kerana konsep "the more is merrier".Jadi,ajakla rakan-rakan anda untuk menjayakan rancangan saya ini.

Kali ini pertandingan adalah berbentuk pemikiran dan ilmiah.maka anda perlu membaca.setiap pemenang akan memenangi hadiah yang berupa bentuk ehem..ehem.ehem..ehem akan diberitahu kemudian.

Sekian,Terima Kasih

LESTAT
(tandatangan tidak diperlukan kerana ianya berbentuk maya.tq)