Tuesday, August 01, 2006

Insan Yang Aku Kagumi


Tun Dr. Mahathir(TDM)..nama yang tersohor di seluruh peta dunia. Siapa yang tidak kenal dengan TDM. Kalau disebutkan sahaja nama Malaysia, maka nama TDM yang akan terpacul di mulut mereka. Aku dilahirkan di dalam era pemerintahan TDM. Dari kecil sampailah aku membesar, jiwa aku terhadap pemerintahan TDM telah sebati tetapi tidak semestinya aku tidak menyokong kepimpinan sekarang. Ada yang baiknya dan ada yang tidaknya. Seperti yang semua orang tahu mengenai Insan Yang Aku Kagumi ini, setelah meletakkan jawatan sebagai satu kuasa yang besar dalam negara, pelbagai perkara yang timbul dan menjadi bualan setiap mulut yang ada di dalam Malaysia ini. Tidak kira yang ada pangkat, kerani, petani, pemuzik, peguam. Semua mendengar dan menilai sendiri tanpa tahu yang mana satu kebenaran dan mana satu ketidak benarannya. Ketahuilah..kesetiaan sokongan aku masih pada Tun Dr. Mahathir.

1 Comments:

Blogger viruspadu telah menaip...

bestnya dapat bergambar dengan TUN... menjeles betul la

10:52  

Post a Comment

<< Home