Wednesday, January 02, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Hai..dah lama benor aku tak berblog..bukan malas tapi ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan.

SELAMAT TAHUN BARU 2008
KEPADA SEMUA..YAY!!


Azam tahun baru aku tahun ni adalah untuk selesaikan azam tahun lepas yang bila nak capai jer..tak tercapai pulak..so aku dah tekad..lagi tak dapat..itulah azam aku.hahahaha.Apa azam korang lak..meh citer kat ruangan komen aku ye. Aku pergi tengok bungapi kat The Curve dan sampai umah pukul 3 pagi. Jem sejem yang mungkin.

Korang nak tau tak..lepas je post yang last sebelum post ni..aku dimasukkan ke SJMC.Adala sakit sikit..kena tahan wad.Ceritanya cenggini..masa kena tu aku nak kuar dari ofis dah..tutup suis-suis semua..pastu lepas aku tutup je aircond ofis..plup..aku blackout..tak nampak apa dah.memang gelap gelita.taktaula berapa lama. Sedar-sedar je aku dah kat lantai dalam posisi merangkak. Buka je mata, semua benda yang ada kat sekeliling berpusing-pusing. Kalau korang kat depan aku mau ada 2 3 bayang korang. Aku dah panik..try bangun, bila nak berjalan..aku tak dapat nak agak..aku dah pijak lantai ke belum dan badan aku lemah yang amat-amat sangat. Aku call pesort kawan aku..dia tengah sangkut jem..call sorang lagi kawan aku..nasib baik dia datang. HKL aku pergi.

Dr kat HKL cek dan wat CT Scan kat kepala aku. Dr tu pun taktau apa yang jadi pada aku..masuk air. Sebotol habis tak jadi apa. Cek darah dan semua-semua..aku ok. Dia tak puashati..dia suh aku jumpa ENT lak sok. Aku tak pergi ENT, tak larat langsung nak bangun..lemah gila-gila..last-last aku pergi SJMC untuk ENT. Dari Dr ENT dia kata takde pe..pergi lak Dr. mata takde pe..last-last dorang tolak pergi Dr Neuro. Haa..baru sangkut..dia kata ada something yang menarik pada aku..so dia tahan untuk wat MRI. MRI ni aku tengok dalam citer House je..alih-alih..merasa lak kena.

Setelah di MRI dan dicek..Dr. Neuro sahkan aku sebenarnya takde apa-apa. Cuma dia ada pelik sikit dengan anak mata aku dan dia kata aku dah ada benda ni dari sejak lahir lagi. Anak mata aku tak efek pada cahaya dan aku boleh survive benda ni..kagum aku jap. Tapi dia still tak puashati dan kategorikan aku dalam Imbalance body because of stress, tired dan lack of oxygen to my brain. Haaa..

Makanan kat hospital tak sedap..

7 Comments:

Blogger Fozalin telah menaip...

HAPPY NEW YEAR 2008

lor ko masuk sepital rupenyer... pttla dh lame x nmpk ko merepek n mengarut lam nih..... so amacam dh sihat???

14:54  
Blogger mikaounik telah menaip...

happy new year kak...


kak,
kalo makanan kat spital sedap berebut org nak masuk spital tau :)

heheheeee...

16:17  
Blogger one love telah menaip...

selamat tahun baru

16:46  
Blogger meen telah menaip...

selamat tahun baru lestat..Alhamdulillah takde apa2 erk..so dah sihat la nak mula mengarut balik ni?hihi

17:46  
Blogger nAni telah menaip...

semoga tahun nie ko boleh mengarut dgn lebih byk lagik...huhhhuhuu

22:19  
Blogger viruspadu telah menaip...

hepi new year, harap2 lebih sihat la tahun ni...

merasa la kene cek mcm cerita house tu ek hehehe...

08:18  
Blogger Lily.Lulu. telah menaip...

sib baik laa kome dah sihat ....
Alhamdulillah

jaga diri tuh ..

11:36  

Post a Comment

<< Home