Poskad yang pertama
Gambar yang aku letak tu..adalah poskad pertama aku terima setelah berdaftar dengan satu website untuk menghantar dan menerima poskad dari satu dunia. Satu inisiatif yang aku ambil untuk meluaskan nama aku kesuluruh dunia..hahaha(riak sungguh..adi,cool adi). Aku rasa benda ni taklah menyusahkan sangat, cuma korang kena cari poskad yang cantik di mata korang dan "request address" dari pihak website tersebut dan dorang akan kasi random address kat korang. Pastu pandai-pandailah korang nak tulis apa kat poskad tu dan hantar..mudah. Lainlah kalau korang malas nak pergi pejabat pos. Dekat ofis aku pejabat pos dia dekat tingkat bawah je..bestnya ofis aku ni. Ada taman-taman diraja(landscape air pancut), kolam ikan koi diraja(kat tengah-tengah landscape), dayang-dayang diraja(Perempuan yang kerja kat semua blok) dan tempat makan diraja(mamak) Lagipun, aku rasa macam international sikit hobi baru aku ni.hehehe. Aku dah hantar sebanyak 10 poskad sebab hanya boleh request 5 alamat pada satu masa..memang law dia gitu dan telah sampai 5. Kalau korang nak merasa seronoknya buat hobi international macam aku ni..(ewahh..) lehla klik dekat link ni..layankan...
www.postcrossing.com
**Kualiti gambar tidak memuaskan kerana kamera handphone aku tak power..hahaha
0 Comments:
Post a Comment
<< Home