Monday, March 26, 2007

Trip To Langkawi

** Klik je gambar ni kalau nak tengok yang besar ye..jangan segan

Dah 4 hari aku tak update blog ni..baru harini dapat nak masukkan cerita sikit untuk di updatekan..citer yang nk aku ceritakan adalah citer pasal trip kitorang kengkawan pergi ke langkawi dan untuk celebrate birthday salah sorang dari geng kitorang ni. Memang menarik dan best ooo..kitorang bertolak dari KL Khamis malam 22hb Mac pukul 1 pagi sebab nak sampai sana naik feri yang 1st. So dapatla lepak dan jenjalan sekejap walaupun penat..kitorang naik dari Kuala Kedah..parking kat area kat depan jeti tu dan gerak ke Langkawi..trip 1st kul 0715am. Apa lagi layan tidola dalam feri..

tido punya tido punya tido..tak sampai juga..tido lagi..baru sampai..perghhh !!..penat habis badan-badan aku..dahla pakai suar pendek je..duk dekat dkt dgn aircond feri..dia punya gigil..ish..ish. Sampai je kat jeti aku terus cari ATM nak keluarkan sikit duit..dan korang nak tau apa yang paling lawak dalam hidup aku setelah sampai kat langkawi..hahahah..beg duit aku yg penuh dengan segala harta benda tertinggal dalam kereta kat jeti Kuala Kedah..adusss!!!

Aku : Bang..oo bang..
Bro : haa..mende..
Aku : Beg duit aku tertinggal dalam keta kat jeti
Bro : La..apa la ko ni..camne leh tinggal dan kat mana ko letak
Aku : Aku tak perasan nak amik..
Bro : ko tunggu kat sana dengan budak-budak lain

** Dialog dengan salah sorang kawan aku.

Trip kitorang ni ada 2 orang matsaleh dari Belgium dan seorang geng baru. Greg, Astrid dan Anita. Jadila 9 orang dalam trip ni..kitorang tido kat chalet kat pantai Chenang..Malibest Resort..memang gempak dan menarik habis..bayangkanla..buka pintu je laut..fuh.!! memang cantik beb..

Kitorang pergi jenjalan ke kereta kabel Gunung Mat Cincang (aku tengok dia tulis gitu), pergi kompleks kraf, makam Mahsuri dan underwaterworld..(yang kat KL pun tak pergi lagi) dan jenjalan biasa jer. Bercutila katakan..mana leh penat-penatkan badan. Bab makan-makan ni kitorang pergi kat Fat Mum Seafood Restaurant..memang gemuk aunty tu..hehehe..dan makan ikan bakar kat Restoren DiFiqa.

Kitorang sempat juga pergi makan "brunch" kat The Loaf. Kedai roti milik Tun Mahathir kat pantai Kok. Memang sedap roti kat situ..korang patut try roti bolognaise dan ice coffee dia..sebab ice coffee dia memang unik bentuk persediaan dia..ingat pesanan ini : KENA TRY !!

Aku rasa itu je aktiviti yang kitorang wat selain daripada mandi laut dan main volleyball pantai. Memang menarik percutian dan tak menarik bagi aku sebab beg duit tertinggal kat dalam kereta..


Anyway i had a very nice holiday and meet new friends..Visit Malaysia..Visit Langkawi.

1 Comments:

Blogger The Wind telah menaip...

Ha...memang best kita makan kat Loaf. Syiok sangat sampai dua kali makan kat situ and I siap tapau Iced Cafe Latte! Eik...tak sebutlak pasal curut tu...

16:45  

Post a Comment

<< Home