Wednesday, March 28, 2007

Kenangan Ex-Manor : Memasak

Korang pernah memasak tak? Kalau bagi yang perempuan mestilah dia kata dia pernah kan?..tapi bagi yang lelaki ni..mungkin ada sesetengah daripada kaum adam ni "boleh memasak" dan ada mungkin boleh masak tapi "tak berapa pandai" dan "langsung tak tau nak masak" dan kena ada orang masakkan atau ke kedai terus untuk makan.

Aku masih teringat lagi kenangan dengan kengkawan Ex-Manor yang memasak..Kitorang ni umpama dah ditetapkan tugas, cuma takde siapa yang jadi ketua, semua ketua. Perkara pertama yang kitorang buat ialah "collect" duit dan ini ditugaskan kepada Abot..sebab saiz dia agak besar(sori abot..). Tak banyak yang kitorang mintak, RM2 untuk makan malam sahaja dan RM5 sekiranya barang kat dapur dah habis. Abot ni umpama "Along Bukit Beruntung" yang datang secara ganas dan mengepau kitorang..setelah habis "collect" tugas diserahkan kepada "outrider"

Outrider yang dimaksudkan ialah Eddy dan King, dorang ni memang pakar pergi beli barang-barang makanan dan barang keperluan lain. Eddy ni umpama mat rempit yang membawa aweknya ke kedai dan rempit kembali ke rumah sebelum time masak lewat..kalau tak..kitorang makan nasi lewat..hehehe..bila beli barang dapur dan keperluan lain.."JANGAN" dan diulang "JANGAN" bawa Suki sebab kalau bawa dia..duit tak cukup nak beli barang makan..dia akan cari barang yang lari bajet dari apa yang dapat Abot dapat pau tadi...hahaha..

Sementara outrider pergi beli barang..yang lain ni dah sibuk bersiap nak memulakan tugas masing-masing kat dapur..ada yang basuh periuk, potong-potong bawang, masak nasi dan macam perkara lain yang termasuk dalam waktu memasak ni..rumah kitorang ni kalau masak nasi satu periuk tak cukup dan perlu diulang masak satu periuk lagi..kiranya 10 pot satu malam..hebatkan..setakat beras 10 kilo tu kejap je. Dan jangan risau..nasi yang di masak tu pasti akan habis ke butiran yang terakhir..

Disebabkan tukang masak dalam rumah tu tak berapa banyak yang ada..kena tetapkan nak makan apa..macam Ejam, masak lomak cili api jo lah yang dio suggestkan..takdo bondo lain dah..itu jo..kalau boleh tiap hari pun takpo..kalau masak lomak dah tontu bukan segonggam cili api dio lotak..tapi sepeket RM1 yang diboli tadi habis diblendernya..Kalau nak masak kicap lak..kena suruh King yang masakkan..dan dia pandai juga masak kurma..leh tahan. Kalau macam aku..kari dan ayam masak merah pilihan aku dan lain-lain tu macam chef wan kata.."campak-campak je dalam kuali tu kak.." dahla dengan tak berbaju..(jangan bayangkan sekiranya anda sedang makan), berpeluh-peluh satu badan. Kalau ada setitis yang jatuh dalam kari tu harap korang maafkan je la yer..un"sengaja"rable semua tu..kenyang juga korang..ahakss..

Jas dia pandai wat sambal belacan dan kalau Suki balik Kelantan mesti ada budu yang dibawa balik ke rumah..semua sebat..ulam salad, telur masin dan macam-macam lagila menu kitorang semasa kat Manor.

Nama-nama yang tak disebut bukan bermaksud tak buat kerja bersama-sama..semua macam satu pasukan..semua bekerjasama. Takde sorang pun yang tertinggal dan takde sorang pun yang tersisih..itu semua kenangan yang takkan dilupakan..hanya Ex-Manor sahaja yang tau Ex-Manor yang lain...

1 Comments:

Anonymous Anonymous telah menaip...

adi suka mkn tongkeng ayam...

10:11  

Post a Comment

<< Home