Friday, June 15, 2007

10 Hari tanpa berita

Kemanakah aku menghilang selama 10 hari tanpa berita dan karutan..hehehe..??

Kini jawapannya..

Hari Khamis yang lepas aku bercuti sebab semua orang cuti..takkan aku nak melangut kat ofis sorang-sorang..kang kena sakat..susah lak nak angkat aku yang berat ni..hehehe. Aku ke Terengganu untuk berjumpa dengan tunang aku yang dah dekat 2 bulan aku tak ketemu..ewahh..kiranya aku balik Terengganu ni untuk berbincang dan membuat perancangan untuk majlis aku nanti..(insyallah) dan ada majlis pernikahan dan perkhawinan kawan aku dan tunang aku. Tahniah kepada Shaliyani & Ruzairi.

Pada masa yang sama, father tunang aku pula tak berapa sihat dan terpaksa masuk ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana demam panas dan juga COPD. So nak dijadikan cerita..sampai ke hari ini..father tunang aku masih berada di hospital. Condition masih tak stabil. Masa kat sana aku dengan tunang aku yang kejap ke hospital, kejap kesana, kejap kemari sampaila lewat malam. Aku cuma membantu apa yang aku mampu.Kesian tunang aku..sorang-sorang je kena buat itu ini. Kalau ada aku..boleh kasi semangat sikit. Aku kena balik KL, kerja banyak. Mak dia kena jaga kat hospital fulltime. Aku kat sini boleh mendoakan sahaja untuk kesihatan father dia. Amin

6 Comments:

Blogger Sue telah menaip...

semoga father tunang u sihat seperti selalu....pesan kat dia jangan lupa makan ubat...dan ikut segala arahan dari doktor....amin...

14:30  
Blogger UmiMia telah menaip...

Tu lah kan..ingat mana dah u pergi...nasib ada bakal menantu yang baik hati dok meneman bapak mentua sakit..tapi...banyak teman bapak mentuanya ker..saper ker!!!!Hmmmm....harus ragu tuh....

14:34  
Blogger The Author telah menaip...

Wow! Balik terengganu deh...ni yg meleleh nk keropok lekor nie..
Hmmm....

14:50  
Blogger Lestat telah menaip...

kepok lekor takdok..dok sempat nok g cari aritu..

16:05  
Blogger Zana S telah menaip...

Moga2 father tunang u tu cepat sembuh. huhu.. ganu ghopenyer... jauh tuuu... len kali nak balik kabo ek.(kot2 leh kirim ke.. hihi)

16:34  
Blogger Orked telah menaip...

semoga future FIL sihat, pesan kat tunang tu..jaga diri juga...nnt sakit susah ..sapa nk buat persiapan.

FIL kakjie pun tgh sakit kat hospital juga..semoga cepat sembuh semuanya

15:16  

Post a Comment

<< Home