Monday, April 30, 2007

Malang memang tak berbau..

Tengah aku belek-belek folder gambar..aku terjumpa gambar ni..dan ada cerita di sebalik gambar ni.

Apa yang aku nak ceritakan ini harap menjadi tauladan kepada aku dan juga kengkawan yang lain. Gambar yang aku letak tu adalah gambar aku dan kawan aku, Azhar nama dia. Aku memang baik dengan dia ni. Sekepala gitu..gambar ni aku ambil masa aku pegi melawat dia 3 minggu lepas kat Terengganu.

Korang nampak tak dia duk atas kerusi roda. Sebenarnya tulang belakang dia patah dan badan dia separuh lumpuh. Dari pinggang sampaila ke bawah pada mulanya.

Tapi..Alhamdulillah..selepas operation untuk membetulkan kembali tulang belakang, kaki dia sekarang dah kembali bergerak sebelah dan sebelah lagi masih dalam fisioterapi dan tidak boleh bergerak. Kesnya berlaku pada raya yang lepas dan esoknya nak raya..kira berbuka puasa last day..so dia ni nak merasa dan terliur nak minum air kelapa muda. Taknak beli..nak pegi panjat. Jadi..dia bawa adik dia yang dia kata macam terasa nak ajak je ikut dia pegi masa tu.

Nak dijadikan cerita..tengah dia atas pokok kelapa yang tinggi lampai tu..pelepah yang dia paut untuk betulkan posisi badan tercabut dan seterusnya..apa yang dia ingat..gelap dan dah ada kat hospital. Adik yang ikut dia tu lah yang pergi panggil orang untuk selamatkan dia.

Aku sempat melawat dia masa dua hari dia di hospital sebelum operation

Pesanan aku kepada diri aku dan kawan-kawan yang lain..kalau boleh beli..beli dan kalau tak dapat nak beli cari orang yang betul-betul berpengalaman untuk dapatkan untuk korang. Ambil iktibar dari kawan aku ni.

5 Comments:

Blogger Ridzwan Hafidz telah menaip...

les, x nak wat msjbox ke?..susah la cam ni kalo nak msj..:)

12:13  
Anonymous Anonymous telah menaip...

lestat..lawatan balas..hehe dah tunang eyh..bila nak kawin?

13:36  
Blogger admin telah menaip...

salam kenal... ita dari blog meen.... :-)

14:06  
Blogger me telah menaip...

siannye.. tk psl2 lumpuh gara2 air klape. huhu.

18:37  
Anonymous Anonymous telah menaip...

betul2, beli jela senang kan

in case it's not a dangerous thing 2 do, then only u can DIY

09:53  

Post a Comment

<< Home