Wednesday, September 10, 2008

Kau mari sini..

apa lagi En.Polis ni nak..

Asal aku ada masalah dengan polis jer, mesti ada benda kelakar aku nak cerita pada korang. Kiranya kisah polis ke-2 la nie. Yang haritu pasal aku nak kena lempang kan, sekarang aku nak cerita yang lain.

Benda ni jadi lebih kurang hujung bulan 7 aritu. Setiap hari isnin pukul 8-11 malam, aku dengan kawan-kawan aku akan main badminton kat KSS untuk menyihatkan badan dan selain dari itu dapatla jumpa kawan-kawan yang jarang dijumpai. Macam spesies terancam tau dorang ni. Jumpa kadang-kadang sebulan sekali. Silap haribulan, mau berbulan-bulan. Lepas habis buat aktiviti menyihatkan badan dan dah sudah lepak minum bersama, aku pun nak balik umah. Biasalah, dah berpeluh-peluh badan, aku pakaila simple-simple je, aku pakai T-Shirt, Suar pendek dan selipar je nak balik. Beg kat dalam raga "The Motor".

Tengah sedap bawa "The Motor" layan perasaan sambil nyanyi lagu Realiti Dan Fantasi - Crossfire, sampai je kat Tol Jalan Duta ada satu mamat ni tahan aku macam main galah panjang, mendepakan tangan nak menahan aku. Aku brekla bagai nak gila, kang aku langgar, susah lak. "Kau mari sini". aku pergi la, nak juga aku pergi lempang dia lak sebab tahan macam tu, tak byk cakap terus dia cabut kunci "The Motor".

En. Polis : Minta lesen dengan roadtax?
Aku : Apsal lak ni En.Polis
En. Polis : Takde, takde...kau pergi tolak motor kau sampai Shell tu.
Aku : Apa salah saya En.Polis?
En. Polis : Jangan banyak cakap, tolak.
Aku : Kunci saya?
En. Polis : Ambil kat sana nanti.

Menolakla aku dengan "The Motor" ke Shell lepas tol tu. Sampai je terus aku kena suruh duduk mencangkung ramai dengan budak-budak yang nampak gaya macam mat rempit jer, memang rempit pun. Aku dulu rempit juga tahun 1998-2000, tapi takdela macam diorang sekarang. Sorang-sorang En.Polis yang ramai tu panggil."Lestat..datang depan" jerit sorang En.Polis perempuan ni (leh tahan juga tau..hehehe).

En.Polis Perempuan : Dari mana tadi ni?
Aku : Baru balik main badminton En.Polis Perempuan
En.Polis Perempuan : Betul ke ni..takkan sampai 2 pagi kau main badminton, aku tengok macam baru balik merempit jer.
Aku : (Cakap baik sikit..lempang kang - makian semua dalam hati ye) Betul En.Polis Perempuan, tak guna saya tipu. Kasut suma En.Polis Perempuan leh cek dalam beg saya tu. Saya boleh call semua kawan-kawan saya yang main badminton tadi.
En.Polis Perempuan : Ok..ok..saya percaya. Tapi nampak gaya macam baru balik rempitla.
Aku : (Lempang juga En.Polis Perempuan ni walaupun kau leh tahan - makian semua dalam hati ye) Takde En.Polis Perempuan.
En.Polis Perempuan : Ok, nah lesen dan roadtax.

Aduh..dekat sejam aku duduk kat situ sebab gara-gara aku disangka mat rempit. kenapa?kenapa?

12 Comments:

Blogger ceri masam telah menaip...

lepas nie, kau lempang je betul2~

nak jugak aku tau endingnya macam mana nanti! hehehehe

14:18  
Blogger nanonano telah menaip...

xpuas ati betoi,
apsal suara tu dlm hati je hor???
nape xkuarkan???
arrghhhh..xpuas ti xpuas ti !

14:25  
Blogger Miss Nazla telah menaip...

ape bute ke POLIS2 tu? hahaha ade rupe rempit kah anda? haha bapak rempit bleh la. hahaha

17:25  
Blogger Arin telah menaip...

alang2 suara itu dalam hati..apa kata sekali sekala..kuatkan sket sampai terkuar kat mulut..hehehe..apadaaa encik polisi ..

21:24  
Blogger nAni telah menaip...

laa ko nie asyek kena tahan jer ngan pak polisi..tue laa asyek ckp dlm hati jer, lain kali kuarkan suara hati ko tue, baru puas beb !! betol dak ??

09:21  
Blogger Lestat telah menaip...

One Love - endingnya aku akan dilempang kembali dan berada dalam bilik berjeriji besi..hehehehe.

nanonano - aku boleh bersabar.

miss nazla - mmg dorang buta..ada ke tahan aku camtu.

arin - aku dah cuba nak kuarkan..aku tak punya kekuatan..ahh (ewahhhh..)

nani - betol betol betol.

11:48  
Blogger xy bundle telah menaip...

mmg lawak je la ko nih.. ada gaya mat rempit gak ko ni yer...?? muahahaha... itu sume polis yg letak akai kat lutut la tu...

16:17  
Blogger ceri masam telah menaip...

cubalah buat lestat!

mesti kau blogger terkenal terus lepas nih!

hahahahhahaahah

11:18  
Blogger MOLY telah menaip...

alahaiii
sian laaa ko nih tat ..
ade2 jee kan dengan polis x sudah2
:D

03:42  
Anonymous Anonymous telah menaip...

awatnya en.polis dan puan.polis sangat suka pada en.lestat ekk...sangat suka depa berkenalan ngan ko..heheh

05:45  
Blogger Zana S telah menaip...

tolong lah... tolong la lempang itu polis perempuan. sungguh kurang sopan. mcm bagus2 jek.

15:00  
Blogger Madam Shah telah menaip...

Ko sumpah si polis tu sekali tgk..
Org kata sumpah org yg teraniaya ni menjadi..
cubalah..pastu kasi tau ye..
hehehe

11:14  

Post a Comment

<< Home