Tuesday, September 09, 2008

Selamat Kembali LESTAT

Huh..!! Berkarat dah blog aku nie..nak kena beli WD40 nie.

Kepada semua kawan-kawan blog aku yang dah lama tak tengok update karutan dan cerita aku dalam blog ni..harap di maafkan.

Aku bukan tak nak menulis..tapi aku kehilangan "MOOD" untuk menekan keyboard PC aku ni. Ini semua kerana aku telah kehilangan orang yang paling aku sayang dan paling aku rapat telah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2008 yang lepas pada pukul 6.30petang.

Tuan Hj Shahbudin B. Mat, tok aku yang menjaga aku sejak aku lahir bila bapak aku pergi US untuk sambung belajar sehingga aku berumur satu tahun. Nama aku sekarang pun tok aku yang kasi. Aku cucu sulung lelaki jadi akula menjadi kesayangan tok aku. Segala yang aku minta, kemana sahaja akula orang yang didahulukan. Aku menjadi rapat dan kadang-kadang aku menangis bila aku kena balik KL selepas bercuti balik ke kampung. Aku nak duduk dengan tok aku. Aku sayang tok aku.

Tok aku ni seorang askar dahulunya dan berkhidmat dalam pasukan askar Melayu Di Raja dan berpangkat akhir sebagai Koperal di Kem Port Dickson, berasal daripada sebuah keluarga cina beragama islam, yang berhijrah dari Kwang Tung, China ke Malaya pada waktu dulu dan dilahirkan pada 22.12.1924 di Port Weld, Taiping.

Setelah pencen tok aku memulakan perniagaan kedai makan di pekan kecil Tanjung Tualang, Batu Gajah. Di kedai itulah aku selalu melepak, makan mi rebus yang paling sedap opah aku buat, belajar berniaga dan memasak. Belajar mengaji. Aku selalu membonceng basikal tok aku dan di bawa berjalan-jalan sekitar pekan kecil tu, pergi kedai gunting bersama-sama, makan ABC bersama-sama dan bermacam-macam lagi kenangan yang aku tak boleh lupakan bersama tok aku. Semua tok aku belanja, bila aku dah bekerja pun dan aku belanja tok aku, dia tetap nak belanja aku.

Hari ini aku terpaksa tabah dan menahan sedih aku kerana ALLAH s.w.t lebih menyayangi beliau dan aku doakan supaya roh tok aku ditempatkan bersama orang yang soleh dan terpuji di sisi ALLAH.

AKU SAYANG TOK AKU
AL- FATIHAH

Tuan Hj Shahbudin Bin Mat
1924-2008

aku masih boleh menangis bila aku taip entry ni.

10 Comments:

Blogger Arin telah menaip...

al fatihah..semoga arwah tok berada di kalangan org-org yang beriman..

13:05  
Blogger mummysyafie telah menaip...

Al Fatihah buat arwah..

takmo sedih² tau..kena ingat, jodoh pertemuan, ajal dan maut ditangan Tuhan..

13:50  
Blogger UmiMia telah menaip...

Takziah Adi...samalah kita rapat ngan Tok...paham sangatlah apa ko rasa....kita akan sentiasa merindui dia....

15:14  
Blogger Madam Shah telah menaip...

Takziah.
Sabar je la.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Amin.

16:54  
Blogger ceri masam telah menaip...

aku paham...

09:45  
Blogger Lestat telah menaip...

Arin,mummysyafie,umimia,nanacun,onelove - Terima Kasih

11:30  
Blogger xy bundle telah menaip...

al-fatihah utk atok ko... semoga dicucuri rahmat.. setiap dr kita akan kembali kepada NYA.. cuma masa je yg menentukan..

16:15  
Blogger MOLY telah menaip...

Al-Fatihah ....
Semoga rohnya dicucuri rahmat ...

03:43  
Anonymous Anonymous telah menaip...

al-fatihah..

sorry for ur lost..mmg sedih bila hilang orang yg kita sayang dan rapat dengan kita..meen pun sampai sekrang masih bisa menangis kalau bercerita tentang mereka2 yg telah 'pergi' tu..

be strong lestat.

patut la lama tak blogging. ingatkan bz with the wife n the coming baby sampai lupa the blogger friends here..hiks

05:44  
Blogger Zana S telah menaip...

owh... takziah ek lestat..

tapi ada rahmatnya. insya Allah yg coming soon nnt dlm perut The Wife..

amin...moga selamat semuanya..

14:58  

Post a Comment

<< Home