Tuesday, October 14, 2008

Denggi menyakat aku

aku ada pengalaman..dan taknak kena lagi..seksa

Apa yang aku nak ceritakan pada korang kali ni tentang penyakit denggi yang tak disangka-sangka aku kena. Pada mulanya aku rasa seram sejuk masa kat ofis, tapi aku buat taktau jela sebab aku rasa aku nak demam biasa jer, telan panadol dan buat kerja macam biasa. Bila aku balik ke rumah jer, demam aku menjadi-jadi. Terketar-ketar, sejuk bagai nak rak, mulut rasa pahit. Aku dah pelik..tak pernah aku demam macam nie..telan panadol lagi. Sendi pulak sakit-sakit. Aku nekad nak pergi klinik esoknya. Tapi esoknya aku sihat walafiat..fuh lega aku rasa. Tapi tengah aku bersiap nak pergi kerja..demam aku datang balik..dia terketar-ketar. Aku cuti haritu. Lepak kat rumah.

Aku ni jenis yang susah sangat nak pergi klinik atau hospital pasal aku malas nak menunggu, aku nak datang klinik dan terus masuk je jumpa Doktor, kalau tak..memang aku balik jela..hehehe.

Demam aku berlarutan sampai seminggu memang takde tanda nak kata denggi sebab dia tak kuar apa-apa macam orang kata ada kuar biji-biji. Lagipun demam aku kejap ok dan kejap dia terketar-ketar. Bila nak mandi jangan cakapla..macam air dalam peti ais tu..korang curah kat badan korang..mau tergeliat di buatnya..camtula aku..

p/s : apa kata korang try dan kasitau aku camne rasanya..hehehe. Selamat Mencuba ( macam kasi resepi lak )

Aku boleh siap pergi ke Tampin, Negeri Sembilan tau dalam demam-demam gitu sebab "Best Friend" aku kahwin. Aku tekad pergi sebab aku dah berjanji beriya-iya sebelum demam macam ni.

On the way balik je dari Tampin, demam aku start balik. Lagi terketar-ketar. Kawan aku kata macam aku kena "shock" letrik bila dalam kereta dan aku merepek bagai masa aku terlena.

Balik je mak aku dah sound.."jom ke hospital..ko tak nampak badan ko dah naik biji-biji merah tu..dah sah ko kena denggi"..mak aku pun kena tapi tak heavy sangat.


Aku dimasukkan ke hospital Sg. Buloh dan 6 botol air aku kena masuk dalam badan. Setiap 2 botol habis, misi cun..misi sana cun..cun tau.Opss..konsentrasi terpesong sebentar..hehehe. Dorang akan datang amik darah, habis lengan aku di cucuknya..dahla sebelum ni aku tau, salur darah aku memang susah nak cari. Sebab masa derma darah dulu, dorang dah cakap, aku punya salur darah yang besar dan senang nak cari kat lengah belah kiri. Aku dah sound, tapi dorang kata aku jangan nak memandai, pastu sengih-sengih sebab belah kanan takde dan sebelah kiri je yang senang. Degil..

Tak cukup lengan kiri, pergelangan tangan pun dia letak macam paip utk senang amik darah, tapi kat situla yg paling sakit bila dia cucuk. Nak je aku sekeh misi tu sebab main cucuk jer. Aku duduk sehari jer kat hospital dan balik.

Lepas seminggu, aku sihat kembali dan petua yang patut diikuti adalah SUP EKOR..sup ketamla, sup apa, sup itu inila..tak jadi..dia gatal lagi. Sup ekor juga yang menjadi, platlet aku naik mencanak dan minumlah banyak air..air memang kena banyak.

7 Comments:

Blogger meen telah menaip...

denggi?? huhu scarynya..

tapi my friend pun cakap pasal makan sup ketam tu boleh cepat baik..huhu best lorr kalau itu je ubatnya heheh

22:21  
Blogger xy bundle telah menaip...

aku xsampai kena masuk wad lagi laa... ari tu bila reading dia tinggi je.. aku minum 100plus tu sampai kencing selang 3 minit sekali.. letih ooo...

11:18  
Blogger nanonano telah menaip...

huiiss..
giler takot.

misi2 skrg mmg cun2 kan?
adekah hanye org2 cun2 yg layak jd misi?
atao..
adekah bile jd misi,
kite akan jd cun??

konpiuss.

16:09  
Blogger one love telah menaip...

aku dah pernah kena...
dan aku tak ke hospital!

silap besar! dari berat aku 60kg, turun terus ke 45kg.
jadi zombie! menyesal!

nasib baik aku hidup. mak aku melalak kat kampung sbb deme semua tak tau.

masa tu kat uni. duk umah sewa. kawan2 sibuk dengan hal masing2.

tapi sebab aku ini 'berdiri di atas kaki sendiri', maka aku survive sbb Tuhan yang kasi!

itulah pengalaman aku!
bila dah reda, aku naik motor ke klinik
doktor cina tu kata, "nasib baik u tak mati"

:)

10:13  
Blogger mummysyafie telah menaip...

takutnya..semoga cepat sembuh yer

11:46  
Blogger Lily.Lulu telah menaip...

huishh .. ko begitu gagah .. dalam demam2 pergi jugak tuh ..

alhamdulillah dah kembali sembuh

14:10  
Blogger Lestat telah menaip...

Terima Kasih semua atas komen-komen anda

12:30  

Post a Comment

<< Home