Friday, January 15, 2010

Rumah aku ke..rumah korang..?

Nampak tajuk macam nak marah pada seseorang..tapi tak sebenarnya.Apa yang bakal korang baca ni adalah salah satu benda yang berlaku masa aku balik ke rumah malam tadi.

Rumah aku,bahagian tengah ada ruang meja makan,area situ ada bumbung yang tinggi,tak tau pulak aku kalau korang boleh bayangkan atau tidak.tapi cuba bayangkan..tutup mata dan bayangkan.hehehe

Bahagian atas dekat bumbung tu tadi, ada tingkap kecik untuk udara masuk dan keluar supaya rumah aku tak berbau kepam,dekat situ jugala tempat beberapa burung ciak rumah bertenggek jadikan kondo diorang.Bayangkan ciak rumah tu camne,kalau tak dapat bayangkan,tanyalah pada kawan-kawan korang macam mana rupa raksasa itu.

Aku memang tak pasang lampu area situ,aku terus pasang lampu dapur dan terang juga kawasan tengah tu,jimat letrikla katakan.

Tadi masa aku balik,aku terus pasang lampu kat situ.Saja pasang.manala tau kot-kot dah terbakar lampu kalimantang sebab lama tak buka.Dengan tiba-tiba..

chip..chip..chip..30x
(aku tak pandai tiru suara burung ciak rumah)
Bising gilalah dalam rumah aku sebab bunyi burung ciak rumah tu tadi.

Aku rasa dorang mesti marah sebab aku pasang lampu dan area tengah tu jadi terang dan menggangu tidur diorang.Baru tidur beberapa jam dah terang,tak puas nak tidur.Aku tutup lampu..dorang senyap.Tanpa bunyi.Aku apa lagi..pasang balik lampu..dan dorang bising balik.Haaaa..

Maka keluarlah ayat yang menjadi tajuk cerita aku kali ini..

Sori burung ciak rumah..aku test lampu tadi.

1 Comments:

Blogger aisha wUtevA!! telah menaip...

owh ade ek nama burung, burung ciak???
hahaha, kesian kat burung2 tuh, silap umah lah die tumpang, kan dah kena ganggu.
heee~

02:44  

Post a Comment

<< Home