Wednesday, October 07, 2009

Sudah Jatuh Bangla..Ditimpa Tangga Bangla

Kalau korang ingat entry aku sound bangla kat umah bos kecik aku..(Janganlah itu macam abang)

Ini ada satu cerita pasal bangla juga.Mari baca..

Kes ni berlaku sebelum nak start bulan puasa atau nak mulia sikit bulan Ramadhan Al-Mubarak, seperti biasa aku masuk ofis sepertimana masa GM ofis lain masuk ofis..hehehe. Lepas aku park The Motor, aku berjalan menuju ke lif..lif kat ofis aku ni, nak kena masuk satu kawasan khas untuk lif jer..ada pintu. Haritu lak pintu tu macam ketat pulak..tombol boleh pulas. Aku dah angin satu badan sebab GM² lain semua dah masuk ofis..aku masih sangkut di pintu nak masuk kawasan lif. Ada pintu lain..tapi aku malas nak pusing.hehehehe.

Aisey..

Aku pun datangla idea nak buat macam filem Hollywood..nak tolak pintu tu pakai bahu. Tangan kiri aku pegang tombol..bahu dah amik tempat nak hentak..1 2 3. Pintu pun terbuka. Fuyoo..!! terasa kuat macam Rambo lak.

Aiyooo...

Aii..pintu mengaduh sakit lak..siap aiyooo lagi, aku dah cuak dah..tengahari ada hantu kat ofis aku ni. Seram beb..dahla kat B1.

Aku jenguk belakang pintu hasil hentakan Rambo aku tadi..ada BANGLA tengah baring kat lantai dan tangga kecik atas dia. Aku tanya..

Aku : Apsal ko baring atas lantai sambil peluk tangga?
Bangla : Abang sudah tolak itu pintu kuat², saya ada belakang, cuci ini lampu. Sudah jatuh abang.
Aku : Laa..mana aku tau ko ada belakang pintu.
Bangla : Saya sudah letak kertas bawah pintu..kasi pintu tarak boleh buka abang.
Aku : Patutla ketat semacam je pintu ni. Ko sendal kertas rupanya.
Bangla : Sorila abang..saya tarak tulis notis suruh guna pintu lain. Sorila abang.
Aku : Ok.

Aku pun tunggu lif mengejar GM lain yang dah wat kerja sambil dengar lagu mondo bongo.

2 Comments:

Blogger Elyn telah menaip...

ekekeek ko ni... sian mamat bangla tu!!

15:58  
Blogger Umi Rose telah menaip...

ahahaha...lawak giler...hahaha...

16:27  

Post a Comment

<< Home