Thursday, June 28, 2007

Ohh..Bandung..Day 1

Hahahaha..setelah 5 hari tak mengarut..kini aku mengarut kembali..kan haritu aku cakap nak pergi jenjalan kan..aku pergi ke Kota Bandung sebenarnya..tak jauh..2 jam perjalanan naik kapal terbang..Flight dari LCCT ke Bandung pukul 0730pagi tapi aku dah standby dengan kawan-kawan aku pukul 0400pagi lagi..bukan over excited tapi nak kena naik bas dari KL Sentral ke LCCT. Nasib baik dorang ada bas awal.hehehe..dalam bas aku tidur..dalam flight pun aku tidur..sedar-sedar je dah nak landing di Bandara Husein Sastranegara Bandung..(nama airport dia lah..)..Airport dia taklah secantik dan semoden airport kita..bersyukur dapat tinggal di Malaysia.
Sesampai je kat Bandung..kitorang dibawa pusing-pusing dalam dalam bandar Bandung..dan jangan terkejut..lalulintas kat sana lagi teruk dari Malaysia..dorang suka-suka je masuk dan keluar..bagi dorang..dah terbiasa dengan keadaan begini..bagi kita? Mesti jakun gila. Takut kena langgar dan macam-macam lagila..diorang ni..kalau tak mainkan hon..tak sah..gerak 2-3 meter je hon..kejap lagi hon..nak belok..hon..semua hon la.



Dah puas pusing-pusing 1 Bandung..kitorang pergi makan kat Rumoh Makan Raja Melayu..kiranya ala Sari Ratu kat Bukit Bintang tu. Style masakan sama..masakan padang..memang sedap dan selesa makan kat situ..satu benda yang kena ambil kira..1 tips, kalau nak makan kena cari kedai yang bersih dan mahal..kalau tak..tak selera nak makan.Biar mahal sikit..tapi selesa nak makan. Takkan nak makan yang dijual kat tepi-tepi jalan tu..tengok pun dah tak selera.


Lepas je makan kat situ..aku dan kawan-kawan balik ke hotel. Untuk hari pertama..kitorang duk kat Papandayan Hotel..range lebih kurang USD50. Baik cari yang mahal sikit untuk keselesaan..itu je.Jangan harapkan yang murah sangat..sebab kita tak berapa biasa dengan cara hidup diorang. Lepas rehat lebih kurang 2 jam kat hotel..kitorang keluar lagi..survey tempat-tempat yang menarik..kalau korang nak tau..kat sini heaven shopping. Kat sini famous dengan Factory Outlet Store (FOS) dan tempat yang patut dituju untuk FOS ni..ialah di Jalan Dago. From end to end..FOS je. Larat dan tak larat nak masuk semua..kitorang masuk semua. Bagi perempuan-perempuan..kat sini jugala heaven untuk cari handbag yang macam-macam rupa dan kasut pelbagai citarasa. Bawa duit banyak..1 beg besar leh bawa balik barang-barangnya.hehehe..

Lepas dah survey tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandung..last place untuk hari pertama adalah Cihempelas Walk (CiWalk)..ala BB Walk kat Bukit Bintang tu..dorang kat sini suka pakai short form..contohnya Wartel (Warung Telefon), Warkop (Warung Kopi) Handphone (Hapir) Simkad (Kartu Hapir) Topup (Isi Pulsa)..aku kat sini takde masalah nak call kawan-kawan di Malaysia..walaupun roaming..tapi takkan korang nak hantar 1 mesej yang berharga RM2 per mesej..aku beli simkad dekat sini..baru Rp10,000. Topup lak Rp50,000..leh tahan 4 hari. Aku hantar mesej 20sen, dorang balas pun 20sen. Murah dan senang. Dekat CiWalk ni..macam pasaraya besar dorangla. Macam-macam ada dan harga pun murah. Di Malaysia..untuk domut..kita famous dengan Dunkin Donut..tapi kat sana famous sangat-sangat dengan J.Co Donuts & Coffee dan jangan terkejut..donut dia teramatlah lembut dan sedap. Kalau korang pergi Bandung..korang patut try kedai donut J.Co ni.

14 Comments:

Anonymous Anonymous telah menaip...

Hi ed.. best ye gi bercutikan.. tmbh2 ngan gi guna passport baru..ni kira pejalan sulong ke out of malaysia la nikan.. anyway laily harap ed happy.gi sanakan..

13:52  
Blogger Lestat telah menaip...

ini 4th trip out of Malaysia..sebelum ni..guna pasport group.2 ke Thailand, 1 Medan and the latest is Bandung..huhuhu

15:22  
Blogger UmiMia telah menaip...

Amboi...seronoknya....ingatkan dah sangkut ngan minah bandung...tak nak balik dah...

09:54  
Blogger Elyn Sani telah menaip...

lestat x sopping bwk blk seguni bag? hihih

13:23  
Blogger Lestat telah menaip...

kitorang siap beli bag baru n pau kat hotel kotakĀ² diorang..bellboy siap perli kitorang..nk berniaga kat Malaysia ke..hahahaha..orang Malaysia gila shopping

15:09  
Blogger MOLY telah menaip...

halu there !! i guna Nikon D70s
interested dengan photog ke ???
anyway .. syiok nya gi Bandung . u just tunggu masa je nak pergi berjalan lagi lepas nih
;)

19:25  
Blogger Miss Nazla telah menaip...

bile la dpt p sana eh.

00:26  
Blogger Sue telah menaip...

hamboi..berjalan sakan anda yek...!!!

09:57  
Anonymous Anonymous telah menaip...

seronoknyer g jenjalan kat bandung..xder souvenir ke tuk i nih..

10:38  
Anonymous Anonymous telah menaip...

sori lupa lak nk letak nama...its me nilawati..

10:39  
Blogger MOLY telah menaip...

lestat .. zoom rosak last minit, sayangnya. tapi still leh amik gambar kan ?? kire ok lagi tuh .. jangan x leh amik gambar .

kalau berminat dengan photography, i suggest try masok sini http://www.fotopages.com.my

community untuk semua warga malaysia yg berminat dengan photog. macam2 boleh belajar dan boleh kenal dengan otai2 ;) they are very friendly tau !! :D

how was the trip ?? x update pun bandung day 2 :P

11:11  
Blogger MOLY telah menaip...

This comment has been removed by the author.

11:11  
Anonymous Anonymous telah menaip...

ed...mtk add u...i nk antar kad nih....wed i x lama dh ni...

14:48  
Blogger Zana S telah menaip...

bestnyer jenjalan luar mesia.. huhu.. jelesnyer.. huhu...
tapikan.. dunkin donut skang mcm tak sedap la.. pasan tak?

09:35  

Post a Comment

<< Home