Thursday, July 12, 2007

Bye..Bye Bandung..

Maaflah kepada semua yang menunggu update last day dari Bandung..post ni aku tulis..aku dah ada kat Malaysia dah pun..dah siap pergi kerja..kesibukan kota membuatkan aku lambat untuk update karutan-karutan aku ini

Last day kat Bandung takde yang menarik..bangun seawal yang boleh dan pastikan takde barang-barang yang tertinggal..kalau dekat takpe..ni jauh amat nak pergi ambil kalau tertinggal barang..turun kat lobi hotel..dah ada 2 van menunggu untuk bawa kitorang ke Airport. Gambar kat bawah ni..sebelum nak masuk van ke airport..hehehe..posing dulu..hahahaha

Dalam van..boleh dikatakan semua melayan perasaan jer..monyok je..macam tinggalkan anak bini kat sini..hahahaha..aku tak sebab aku perhatikan semua orang..kalau tak..camner aku tau benda-benda ni..

Airport diorang ni..simple sangat-sangat..aku rasa airport satu Malaysia ni kalau nak celen..jentik je airport sana..itu perumpamaan..hehehe. Gambar aku yang bawah ni..sebelum aku masuk ke bilik boarding room diorang..cuba perhatikan kat belakang aku tu..semua tengah beratur nak cop pasport..

Dalam flight lagila..semua layan tidur..aku dengan kawan aku satu row seat je yang duk memekak dari masuk kapal terbang sampaila ke bumi bertuah Malaysia..kat airport Malaysia..diorang tak kasi tangkap gambar..so takdelah gambar kat airport yg aku nak tunjukkan..Tips..kalau korang shopping banyak-banyak dan tak nak kasi Kastam periksa beg korang..pastikan masa di airport masa korang check in nak balik..korang seal beg korang dengan tape Fragile..dan taktik ni berjaya sekian kalinya buat diri aku..dan kalaulah kena cek..berapa pulak kena bayar tax kat Kastam tu.hehehe..

Sampai KL lebih kurang pukul 1 tengahari dan balik rumah merehatkan diri..tertidur tak ingat punya..letihla katakan..hmm..next trip..Phuket, Thailand.

4 Comments:

Blogger UmiMia telah menaip...

Phuket Thailand..I nak ikut....put my name in the list...

15:41  
Blogger Orked telah menaip...

harap2 kastam tak der la baca blog ko erk...mau dia lekatkan pic ko " wanted" kat epot nnt....tak sempat nk terbang ke phuket..hahaha


aittt...dah balik tu tak kan senyap je...!

18:08  
Blogger Miss Nazla telah menaip...

dah tgk harry porter?

10:07  
Blogger MOLY telah menaip...

oh yeh .. dah enjoy sakan kat bandung, lepas nih ke phuket plak yeh !!

amik gambar banyak2 .. kan cantik bubuh gambar beso skit. baru puas nak nengok :D


heee ~ selamat hari jumaat

10:29  

Post a Comment

<< Home