Friday, October 28, 2011

Tuesday, March 30, 2010

Bilik Boss


Monday, February 01, 2010

Pakai Internet

Aku ada teringat satu cerita yang pernah berlaku di utara Malaysia. Kawan aku yang cerita pada aku.Dia kata cerita ni memang real.Memang kedai kopi punya cerita.

Pagi..lebih kurang pukul 10 kat kedai kopi.

Pak Amid : Bla..bla..bla..bla..(bersembang)

Ramai yang mendengar Pak Amid ni bersembang.Memang dia kaki sembang.

Rahman masuk ke kedai.

Rahman : Assalamualaikum.
Ramai² : Waalaikumsalam.
Rahman : Pakcik..kopi ais satu ye.
Tokey Kedai : Baiklah.
Pak Amid : Penat semacam ko man.Dari bandar ker?
Rahman : Aaa..Pak Amid.Ada beli barang sikit untuk anak.
Pak Amid : Barang apa man?
Rahman : Ala..Pak Amid.Saya beli komputer untuk anak.
Pak Amid : Ish ko ni..beli komputer? Orang sekarang mana ada pakai komputer.Orang pakai internet sekarang.Ko tak tau ke man.Aku yang duduk kedai pun tau.
Rahman : ...............

Moral : Pergi jumpa Pak Amid.Minta maaf,korang gelakkan dia.hehehehe

Wednesday, January 27, 2010

Kelantan vs Negeri Sembilan

Aku ada sorang kawan dari Kelantan yang kahwin dengan orang Negeri Sembilan.Kerja dia tiap-tiap minggu kalau takde apa-apa, akan balik ke Seremban rumah mak mertua. Kadang-kadang balik juga ke Kelantan.Nak dijadikan cerita..

trutt..trutt..trutt..trutt..trutt..

aii..tak angkat.

trutt..trutt..trutt..trutt..trutt..


Bro Abe : Haluuuuu..
Aku : Gila lambat angkat telefon.Kau buat apa?
Bro Abe : Aku dalam jamban bro. Tengah..hehehe..Kalau angkat malu bro.
Aku : Ceh..apa plan hujung minggu ni?
Bro Abe : Eden nak koba, eden minggu ni balik sembe.
Aku : Sembe...?apa Sembe tu.
Bro Abe : Serembanla
Aku : Aduhh..Sombanlah. Sejak bila pulak Somban jadi Sembe.hahahahahaha
Bro Abe : Kau gelaklah..gelak kuat lagi
Aku : hahahahaha..Sembe..hahahahaha..Sembe.

** Takde orang Kelantan dan orang Negeri Sembilan yang terlibat kecuali kawan aku diatas.

Wednesday, January 20, 2010

Neraka Jahanam

Perbincangan ini hendaklah anda bayangkan dengan aku menggayakan IPhone.

Aku : Hello..Assalamualaikum
Kawan : Hello..haa..Waalaikumsalam
Aku : Ko kat mana ni?
Kawan : Aku ada kat Maju Junction.Jumpa orang jap.
Aku : Ooo..jauhnya.
Kawan : hehehehe.
Aku : Bukan ko kat meja depan kaunter bayar mamak kat Hartamas ni ke?
Kawan : Hantu ko Lestat.
Aku : Tak baik tipu.Neraka Jahanam jawapannya nanti.

Tuesday, January 19, 2010

Jatuh Bangunan

Korang pernah tak mimpi jatuh bangunan..jatuh gaung ke, terasa melayang-layang.Lepas tu korang terjaga dan korang masih di atas tilam?

Aku merasainya semalam.Fuh..thrill.

Monday, January 18, 2010

Kenapa ?

Masa aku muda remaja dulu,lebih kurang umur 20 tahun. Masa tu tengah study,duit loan banyak lagi,esok nak periksa..malam ni habiskan empat bulan punya study,ngorat,makan itu ini,hiburan sana sini,tido lambat bangun pun lambat dan macam-macamla lagi aktiviti yang menarik masa study.Korang pun silap-silap takleh nak lupa masa zaman korang study dulu melainkan korang ada kisah hitam yang gelap...eh !!.

cukup Lestat..cukup.jangan teruskan.

Baiklah..

Aktiviti yang paling menarik masa study aku dulu adalah pergi jalan-jalan.Merata berjalan.Tapi tak macam yang study kat luar negarala.Dengar-dengar pergi Paris,Barcelona,Europe.Eksyen..!!

Macam aku..pergi Tampin,Kokdiang,Kg Melayu,Machang,Kajang.Ok what..??

Kes yang berlaku ini masa aku dengan kawan-kawan pergi majlis perkhawinan Lecturer aku.En Surjan (taktaula hidup lagi ke tak dia) dekat Melaka.Lepas setel makan semua, semua dah panas bontot nak pergi jalan-jalan.Sebelum pergi jalan-jalan kenala isi minyak kereta,tak pasal-pasal nanti menolak dalam Bandar Melaka.

Ejam : Woi..dah siap suma?
Mazwan : Dah..
Ejam : Ok jom.Kita pergi masjid dulu.
Mazwan : Kenapa pergi masjid,bukan nak pergi Bandar Melaka ke?
Ejam : Eh..bodoh.Pergi masjid nak sembahyangla..takkan sembah tokong.
Mazwan : vavi ko ejam

Yang atas semua tadi tu..penambah perisa..yang bawah je sebenarnya cerita.hehehe