Menolong Pesort pindah
Aku : Aku g Melaka bro. knp?
Pesort : Kul brp g Melaka?
Aku : Lepas lunch grak.
Pesort : Malam sok mita tlg nak pindah brg2?
Aku : Insyallah bro kalau aku balik tak lewat dari Melaka
Pesort : Ok, see ya
Petang semalam lepas aku balik dari Melaka, terus aku gerak ke rumah pesort kat Damansara. Niat di hati sebelum bertolak ke Melaka tadi memang nak menolong dia pindah rumah. Sampai-sampai jer..Ya Allah..!! rumah dah macam tongkang yang kematian nakhoda dan dah hampir terbalik..itu baru barang dari bilik dia dan ada sikit-sikit kat depan..Pening!!Pening!!
Tengah duk kemas-kemas apa yang patut lori pun sampai..part ni yang best nie..selama aku tolong orang pindah rumah..tak pernah aku tengok driver lori dan kelindan dia angkat barang dan TAK KASI kitorang angkat..selalunya..aku tengok dorang duk tunggu kat belakang lori dan orang yang nak pindah tu terhegeh-hegeh, terhoyong-hayang, terbongkok-bongkok dan pelbagai lagi teknik yang tak dapat disebutkan di sini..mengangkat barang.
Lepas sejam mengangkut barang turun, kitorang pun gerak ke rumah baru pesort..(bilik sebenarnya..tapi luas amat) kat PJ. Lepas dah kehabisan nafas menolong apa yang patut, lepak dan juga lepak dan balik.dah tak larat dah aku ni..maklumlah..hehehe. Iyelah..dahla baru balik dari Melaka, terus kerahkan tenaga untuk menguatkan otot-otot ku ini.
Opss..!! tak teringat dalam cerita kat atas..Azfar, kawan satu ofis aku pun turut serta mengeluarkan keringat yang tak henngggat..membantu menyertai acara pemindahan Pesort.
Opss..!! sebelum balik ke umah..aku pergi amik adik aku yang baru sampai dari Perak kat Pudu dan baru balik..sesampainya aku kat umah..dah tak cakap banyak dah..cuci apa yang patut dan selamat..kena tido..nak pergi Melaka lagi esoknya..pukul 9 dah nak gerak..kena cukup tenaga..hehe