Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year dude..

lalalalalala....


Setiap kali tahun baru a.k.a New Year datang..mesti setiap orang ada azam masing-masing.Aku pun ada azam juga tapi aku berjaya menguburkan azam-azam aku yang lepas dengan jayanya.Antara azam-azam aku yang telh berkubur adalah seperti berikut :

  1. Berhenti merokok - Azam ni dah bertahun-tahun aku buat dan asyik berkubur jer.
  2. Kuruskan badan - Ya..ini azam yang tetap berkubur dan mungkin lenyap begitu sahaja.
  3. Nak tempah suit - Tak pernah-pernahnya aku singgah ke kedai kain nak buat suit.
  4. Beli kasut Salvatore Ferragamo - Hmm..ongkosnya masih kurang.
  5. Visit Venice - Asyik ke Indonesia jer aku sampai.
Ada banyak lagi azam-azam yang aku lenyapkan.Tapi tak salah kalau aku berazam dan tak salah kalau aku separuh jalan jer..heheheh..bukan aku tak kuat semangat tapi aku lemah semangat.hahahaha.Anyway my kawan-kawan berazamlah semoga sihat tubuh badan dan mampu beribadat padaNya.Amin.

Nah..aku kasi bunga api..

Pom..pom..pom..pom..tebabom..pom..

p/s : bunga api yang aku kasi tu memang tak nampak.kalau nampak..korang hebat.

Wednesday, December 24, 2008

Lestat = Ben Johnson

Kenapa aku disamakan dengan Ben Johnson pelari Amareka (Movie Budak Kelantan)..tu??

Begini ceritanya..

Lebih kurang dua hari lepas, aku baru balik kerja pukul 8 lebih, siap mandi semua,makan dan lepak tengok TV. Tengah duk sedap tengok TV..ada budak-budak memekak tepi rumah aku, kuat pulak tu. Aku pergi jenguk dan jeritla sikit, "Woi, nak memekak pergi padang, anak aku nak tido". Diorang pun blah dari tepi umah aku. Selang lebih kurang 15minit jer..aku dengar ada orang baling batu kat cermin rumah aku, kuat pulak tu, nasib tak pecah. Aku dengan sepantasnya bangun, buka pintu depan, grill suma dan terus kejar budak-budak tu tadi..budak-budak tadi lintang-pukang kayuh basikal dan sempat tu ejek aku "tak dapat kejar..tak dapat kejar".

Tiba-tiba..ntah mana datang semangat, semangat malam agaknya. Aku leh kejar budak-budak tu sampai dapat. Aku dapat tangkap 2 orang. Lagi 2 orang dapat meloloskan diri..takpe..takpe. Sat lagi korang kena. Kira jauh juga aku kejar..lebih kurang dekat 20 biji rumah lepas. Aku pegang budak dua orang tu tadi bawa balik rumah aku. Geram punya pasal, aku grip tangan budak ni kuat-kuat. Pandai pulak tu, minta ampun, maaf, taubatlah..

Lestat : Ooo..dah kena tangkap dengan aku, baru korang nak ampun, maaf..tobatlah semua, Tadi masa korang memekak, baling batu kat cermin rumah aku korang tak ingat apa.
Budak 1 : Ampun bang, tak buat lagi bang.Bukan saya baling bang.Saya ikut je tadi.
Budak 2 : Betul bang, bukan kitorang bang. Yang baling naik basikal satu lagi.
Lestat : Korang nangis betul-betul dulu..kang aku panggil polis tak payah nak nangis lagi.
Budak 1 & 2 : (Nangis macam orang gila dah)
Lestat : Korang sekolah darjah berapa?
Budak 1 : Aku tingkatan 1.
Lestat : Aku..ko bahasakan aku.Nak kena penampor..
Budak 1 : saya..saya tingkatan 1, dia darjah 6.
Lestat : Budak 2, ko pergi cari kawan ko yang lagi dua orang tadi sampai jumpa. Kalau tak dapat budak 1 ni aku hantar ke polis. Lagi 1/2 jam aku tunggu kat tangki (landmark rumah aku).

Lepas 1/2 jam dapatlah Budak 2 tu cari Budak 3 & 4

Lestat : Mana budak yang baling dan suruh baling.
Budak 3 : Saya baling sebab dia suruh bang.
Lestat : Meh sini..aku nak baling ko lak..meh sini.
Budak 3 : Ampun bang, tak buat lagi dah.
Budak 4 : Saya yang suruh dia baling bang.
Lestat : Apsal ko suruh dia baling, ko takde telur nak baling sendiri. Ko nak aku lempang ko kalau ada orang suruh aku lempang. Mak dan bapak ko ada rumah?
Budak 1 : Jangan bang bagitau bapak saya..dia garang.
Budak 2 : Janganla bang.Tolongla.
Budak 3 : Bang, janji bang tak buat bang, janganla kasitau mak bapak saya.tolongla bang
Budak 4 : Senyap jer..(gangster konon..bila aku nak naik tangan..pandai lak elak, gangster apa gitu..cit..!!)
Lestat : Aku tak peduli, ingat ampun korang, maaf korang aku kisah, korang kurang ajar, takleh nak tegur sikit, dah melenting, tunjuk perasaan, korang ingat korang kuat, korang ingat orang lain tak marah. Dengan aku..korang takkan terlepas camtu jer. Aku berani lawan mak bapak orang kalau diorang kata korang baik dan tak buat benda gitu. Aku berani cabar suruh mak bapak korang repot polis kalau aku buat sesuatu pada korang. Tapi ingat, tunggu je balasan dari tuhan, takpun dari aku sekiranya aku ditangkap atau disoalsiasat.

Aku pergi berjumpa dengan mak bapak budak 1,2 dan 3 sahaja.Budak 4 mak bapaknya adalah mak bapak haram jadah yang tak bertanggungjawab, ketuk pintu buat tak tahu, bagi salam tak jawab dan herdik aku sebab ganggu lakibini nak tido dan kacau rumah orang malam-malam.

Anak dia cukup bangga bila mak bapaknya terima kurang ajar dia tu sebagai perkara murni dan patut dibuat. Cuma aku berpesan pada mak bapak budak tu, jangan sampai satu hari nanti, dia kena langgar sebab nak lari dari aku bila dia rasa dia kebal tak kena apa-apa tindakan.Aku cuma diam dan bersabar jer.Selagi aku boleh sabar, aku sabar. Aku senyap dan sebelum panas baran aku muncul aku gerak balik dengan hati yang tenang sebab aku dah ajar budak-budak
tadi jadi manusia sikit malam ni. Nak ikut-ikutlah..taknak sudah.Pandailah korang nak hidup.

** Aku seorang bapak sekarang, akan aku didik anak aku sebaik mungkin.Insyallah.

Friday, December 19, 2008

The Baby Najwa Areanna

Aku kekurangan masa untuk menaip.bz sangat-sangat.Jadi aku masukkan gambar anak aku ini untuk tatapan korang yer.Selamat melihat dan komen.

Mula-mula composed lagu mama nak susu..

Lepas tu jeling tengok siapa yang angkat dia dan terus kasi susu.
Buat pose manja menandakan puashati dan kenyang

Dah kenyang..kenala layan mata.


Ya..tidur kembali.

Monday, December 15, 2008

Nur Najwa Areanna

Maksudnya : Cahaya yang berbisik-bisikan dalam kehidupan yang sempurna.

Alhamdulillah, aku dan The Wife telah dikurniakan seorang anak perempuan seberat 3kilo dan dilahirkan pada pukul 2124hrs 13 Zulhijjah 1429 bersamaan dengan 09122008.

Nama yang diberi ada NUR NAJWA AREANNA BT HADI.Nama anak panjang tapi nama bapaknya sekadar 4 biji huruf jer.nak buat macam mana kan..dah nama bapaknya begitu.

The Wife mula terasa sakit-sakit pada pukul 1515hrs pada Hari Raya Aidiladha haritu dan kebetulan masa tu aku dan The Wife tengah gi jalan-jalan untuk ke Gombak rumah ayah ngah The Wife.Betul-betul kat jalan Parlimen..The Wife kata perutnya sakit dan aku apa lagi..gelabah habis waktu tu dan terus pecut balik ke hospital dimana aku daftarkan untuk bersalin.Habis semua orang dari Jalan Kuching,Highway PLUS aku hon dan aku marah.Budak kutip tol pun kena tempias kecuakan aku..hahahaha.Sampai je kat Putra Medical Centre(PMC),terus masuk wad dan Dr datang cek.Dia kata cuma contraction minor.Stay di PMC 1 hari dan pukul 1730hrs The Wife telah menunjukkan tanda-tanda nak bersalin.Masuk labour room dan lahirlah anak aku yang aku tunggu selama 9 bulan.2 minggu awal dari date yang Dr kasi sebelum ini.

Kini Lestat seorang bapa dan kena memikirkan hendak beli susu anak daripada membeli sepasang kasut jenama Skechers..hehehehe.


Berumur 2 jam


Berumur 2 hari

Thursday, December 04, 2008

Mari menjawab Tag yEllayEllyyEllo

Fuh..fuh..fuh..hish.berabuk sikit blog aku kali ini.

Aku telah diserang tag oleh seseorang yang aku kenal dalam arena blog ini.Sebagai tanggungjawab terhadap blog aku ini,aku tidak akan menghampakan dengan tag ini..terimalah.

7 Fakta Tentang Lestat
  • Lestat adalah seorang LELAKI.
  • Lestat sudah berkahwin dan bakal dapat anak.
  • Lestat suka makan makanan..bukan batu atau kayu dan sebagainya.
  • Lestat suka warna hitam dan juga biru
  • Lestat tak kenal warna..bukan tipu tapi kebenaran.
  • Tinggi Lestat 6 kaki tepat.
  • Berat Lestat 100kg..ringan jer.
7 Perkara menakutkan Lestat di dunia
  • Tak dapat pergi Mekah.
  • Tengah malam naik The Motor..tayar pancit.Tengah hutan,bukan takut..tapi takde spanar nak tukar tiub motor dan juga takde pam nak pam.
  • Mimpi yang menakutkan.
  • Tangan terkepit pintu..biru tau tangan aku.takooott.
  • Demam denggi.
  • Bila duit gaji habis dalam masa 36 jam.
  • Bila tengah-tengah makan nasi lemak..terjumpa lipas dalam sambal dia.Kalau nak tau kat mana aku makan nasi lemak tu..pandai-pandailah korang cari aku bertanya.
7 Lagu buat masa sekarang
  • Naif - Tidurlah
  • Supergrass - Feeling Alright
  • Fool's Garden - Suzy
  • The Primitives - Crash
  • Nancy Sinatra - Bang bang..(my baby shot me down)
  • Keroncong Hujan - Ost Mukhsin
  • Metallica - Call Of Ktulu
7 Perkara selalu disebut - Kebanyakannya dalam loghat Perak.
  • Mane maunya bang..
  • Gile kamu..
  • Tumpor aku..
  • Hish..aku tampor kang.
  • Hurrmm..haram.
  • Ye..bang.
  • Ye..Dato.
7 Perkara yang amat bernilai
  • Islam..yang ada dalam diri aku.Alhamdulillah.
  • The Wife.
  • Anak aku yang bakal lahir.
  • Mak Bapak aku dan juga Mak Mertua aku.
  • Adik adik aku dan juga Adik Ipar aku.
  • The Motor..kalau takde dia..tak pergi kerja aku.
  • Budi bahasa.
7 Pertama kali dalam hidup Lestat
  • First time hidup di dunia.
  • First time jadi budak-budak.
  • First time jadi remaja.
  • First time jadi dewasa dan meningkat usia.
  • First time jadi Suami.
  • First time bakal jadi Abah.
  • First time kepada First time yang akan datang lagi.
7 Orang bertuah sambung tag ini
  • Seperti tag-tag yang sebelum ini..aku perlukan Che Det untuk jawab tag ini.Kalau dia tak jawab, aku takkan sambung tag ini..cayalah Lestat.