Wednesday, April 29, 2009

Marilah menjawab teka-teki Lestat


SOALANNYA : Bila korang/orang lain naik bas..bila bas tu berhenti..apa yang turun dulu..??

HADIAH : Sehelai T Shirt keluaran khas kerana ada 100 helai je aku print.kalau korang dapat jawab, korang akan dalam group yang 100 tu jer satu Malaysia.

CARA MENJAWAB : Letak jawapan korang pada ruangan komen dan aku akan tengok pada jawapan yang betul sahaja.Kalau ada 2 orang jawapan betul, 2 orang tu dapat hadiah.limit 4 jawapan betul sahaja sebab aku ada balance 4 helai je T Shirt tu dan kalau ada lebih dari 4 jawapan betul,pemenang atas pertimbangan aku sendiri.Takbleh bangkang..!!

TARIKH LAST JAWAB : 11pagi 4hb Mei 2009.

PERATURAN LAIN : Kalau takde pemenang,hadiah tu akan aku bawa ke soalan yang berikutnya dan ada balance T Shirt dari soalan ni, akan dibawa ke soalan yang berikut juga.

Sekian Terima Kasih
Berusahalah..!!

Wednesday, April 22, 2009

Hmmm..betul juga.

Salam semua..aku kini dah mula start balik ngarut..yay..!!

Aku ada duduk lepak dengan satu budak kecik di bawah ofis aku ni, aku suka layan budak-budak sebab dorang jujur dan ikhlas bila bagi jawapan. Aku suka..

Lestat : Dik, uncle gemuk tak?
Budak : aah, uncle tak pergi senam ek..
Lestat : Dik, uncle hensem tak?
Budak : Tak..
Lestat : Dik, uncle baik tak?
Budak : Kalau uncle kasik saya PSP..uncle baik. Mak taknak beli saya PSP.
Lestat : Amboi..nasib mak ko lawa..hahahaha.
Budak : Uncle..uncle..nak dengar satu teka teki tak?
Lestat : Apa dia..
Budak : Where do fish kept their money?
Lestat : Entahlah dik..manala ko dapat teka teki ni dik oii..
Budak : Apala uncle nie..itupun taktau. Uncle dah kerja pun taktau.
Lestat : Kat mana dia simpan duit?
Budak : Kat RIVERBANK.
Lestat : hahahahahaha...keep it up with your good riddles.

Monday, April 13, 2009

Nur Najwa Areanna Bt Hadi part 2







Fuh..lama sungguh aku tak menulis dalam blog aku ni. Aku bizi sesangat, masuk ofis pun kurang. Jadinya, aku tak sempat nak mengupdatekan blog aku ni. Tapi takpe, sekarang aku dah masuk ofis kembali dan PC dah ada depan aku dan permintaan untuk gambar anak aku yang latest aku masukkan. Banyak cerita yang aku nak ceritakan tapi buat masa sekarang, aku masukkan gambar ni dulu. Aku perlu recall balik cerita-cerita yang gempak untuk bacaan korang. Aku pentingkan kualiti cerita aku untuk dimasukkan.hehehehe.macam SIRIM lak.