Friday, September 21, 2007

Korang nak tau tak...

Jeng..jeng..jeng..




Aku terima satu surat besar daripada tunangku dan korang tau apa dia..hehehe..akula insan yang paling gumbira kerana kad raya aku telah tiba..korang dah dapat kad raya?kalau lom..g telefon kawan-kawan korang..suruh dorang poskan kad raya untuk korang.hehehehe.

Setelah lama aku tak menulis karutan..dan ramai juga yang bertanya kenapa tak update..meh sini aku terangkan. Aku bizi tahap bizi yang paling tinggi. memang takde masa untuk buat kerja lain selain daripada kerja yang aku ada ni. Kepada Miss Nazla ..sorila tak dapat nak buat tag tu..sori tau..kat kawan-kawan lain..nanti ada masa..aku komen kat blog korang ek..kebanyakan (banyak sgt) jemputan program berbuka puasa juga membuatkan aku tak dapat mengupdate karutan aku..bizi aku macam perdana menteri lak...cuma dia ada orang yang drivekan dia..aku solo dengan Honda ku..so harini..aku ada masa yang dapat diluangkan untuk menaip beberapa baris karutan..

Keadaan Tun Dr. Mahathir dikhabarkan sihat dan aku sempat melawat beliau walaupun hanya ahli keluarga sahaja yang dapat aku jumpa.

Tuesday, September 18, 2007

Tahniahlah..

Cik Angel

Pemenang Soalan "Killer" Lestat telah pun diperolehi dan disini aku ingin war-warkan pemenangnya.


PEMENANGNYA

Angel In Disguise

Tahniah saya ucapkan kepada cik angel yang telah bersusah payah mengerah keringat dan juga daya tumpuan ingatan untuk menjawab soalan-soalan "killer" aku. Dia siap balas dengan jawapan-jawapan "killer" juga kepada aku. Kepada sesiapa yang ingin menang hadiah seperti Zana dan juga Angel..nantikan apa-apa pertandingan dari aku nanti.

Sekian Terima Kasih
Kasihmu Diterima

Thursday, September 13, 2007

Hardworking in progress..

untuk menjawab soalan tag.

Tengah aku duk surf blog kawan-kawan tetiba aku ternampak nama aku kena tag

5 OrAnG yAnG sAyA nAk TaG ?
- Anne
- Lestat <--- Ini Nick Aku..hahahaha
- LilyLulu
-Nawwar Izyan
- Cleo
- DiaHaris

untuk tidak mengecewakan pihak lawan. Maka kepada semua penonton..sila baca apa yang diminta.

5 Benda dalam beg saya
- Paper Metro semalam
- Pendrive jenama Pendrive
- Spek mata untuk menahan silau di tengahari
- Butang baju melayu
- Panadol botol besar

5 Benda dalam beg duit saya
- Duit Ringgit Malaysia dan Rupiah Indonesia
- Gambar tunang aku
- Lesen, IC, ATM, TnG
- Kad Insuran
- Kad Enrich Club

5 Benda feveret dalam bilik bujang saya
- Bendera negeri Perak
- Tilam
- Aircond
- Poster
- Ubat

5 Perkara yang saya nak lakukan
- Menunaikan Haji
- Khawin
- Beli rumah
- Beli Kereta
- Hidup senang dan bahagia walaupun sederhana

5 Perkara yang sedang dilakukan
- Sudah tahu bertanya pula
- Kira duit duit kertas berapa yang tinggal
- tengah pikir berbuka nanti nak beli ikan terubuk bakar kat mana
- Kira syiling lak
- Tengok awek Iran dalam ofis aku ni

5 Orang yang saya nak tag
- Saya taknak tag sapa-sapa..sian dorang..bulan poser lak tu.hehehe

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan Al Mubarak

Hadi & Rosmana
(Lestat & The Tunang)

Mengucapkan kepada semua umat bloggers yang beragama Islam
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN
Pada 13hb September 2007

Semoga Rahmat Tuhan Melimpahi Segalanya Kepada Kita
Insyallah

Tuesday, September 11, 2007

Soalan "Killer" Lestat

Ngeh..Ngeh..Ngeh..

Setelah seminggu aku tak menulis apa-apa entry kerana tuntutan kerja..kini aku kembali dengan aktiviti mengarut aku..seperti yang aku katakan pada entry yang lepas..ada hadiah baru yang ingin aku berikan kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan-soalan "killer" dari aku..dan seperti biasa, korang kena menjawab soalan tersebut dengan menghantar jawapan ke emel : Tunlestat@gmail.com.


Peraturan senang jer : Sapa cepat dia dapat.
Tempoh pertandingan : Sampai ada orang jawab soalan aku.
Syarat lain : Semua soalan ada jawapan dan tidak mengarut..killeer jer.

itu jela kot..

Soalan "Killer" 1st : Siapakah nama tunang aku ?

Soalan "Killer" 2nd : Apakah tema kemerdekaan pada tahun 1986 ?

Soalan "Killer" 3rd : Pil 'Chi-kit' Teck Aun ubat apa ?

Soalan "Killer" 4th : Lagu Negaraku berdasarkan pada lagu apa semasa ia digubah ?

Soalan "Killer" 5th : Tekan Alt + 0178 pada keyboard..apa akan keluar ?


Selamat menjawab..


Tuesday, September 04, 2007

No Entry

for a moment...

Tiada entry untuk sementara waktu kerana minggu lepas bizi dengan program kemerdekaan dan minggu ni aku akan bizi kerana bos besar aku akan melakukan pembedahan bypass di IJN. Di sana sajalah aku akan berada. Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan selamat. Doakanlah segalanya dipermudahkan olehNya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Amin.

** Tun Dr. Mahathir telah selamat menjalani pembedahan Coronary Bypass pada pukul 330pm tadi. Keadaan beliau stabil dan kini berada di ICU..Alhamdulillah.