Wednesday, May 30, 2007

Hari Lawak Sedunia..

Ada 3 anak dara adik beradik cun melecun yang umurnya patut kena khawin..tapi yang peliknya 3 adik beradik ni bila ada boyfriend je..tak sampai 2-3 hari putus...2-3 hari je putus..mak dia dah naik risau..kenapala boyfriend tu minta putus

So mak dia dah nekad..nekad sangat nak khawinkan anak dia sebab nak rasa menimang cucu..mak dia watkan blind date 3 orang anak dara dia tu..

On the day..mak dia pesan kat anak-anak dia 3 orang ni..

Mak : Korang bila pergi date nanti..jangan cakap apa-apa..kalau lelaki tu tanya apa-apa..korang angguk dan senyum je..watla semanis-manis senyum korang.

Anak Dara 3 Orang : Anguk..

Pergilah anak dara 3 orang ni ke tempat yang telah di setkan oleh mak dorang..ada 3 orang jejaka hensem habis duk menanti kedatangan 3 beradik ni..duduklah dorang dan makan..bila lelaki ni bertanya soalan..dorang cuma angguk dan senyum..angguk dan senyum..angguk dan senyum..

Lelaki ni naik heran..kenapala..3 beradik ni asyik angguk dan senyum..dorang dah berbisik sesama dorang

Nak dijadikan cerita..melompatlah seekor kucing ke meja makan dorang..maka bersuaralah 3 orang adik beradik tadi ni..

Yang 1st : Opss...tucing..tetejut atu
Yang 2nd : Hei..mak tatap..jangan tatapla..tenyum dan angguk je..
Yang 3rd : Nasib baik atu tak tatap..

Bertempiaranlah lari 3 orang jejaka hensem tadi..tak cukup tanah dorang lari..

Menangislah..mak dorang..tak sampai hajat nak menimang cucu..anaknya pelat dari kecik


** Hanya gurauan menghilangkan rasa tegang di perut.

Monday, May 28, 2007

Jeng..jeng..jeng


Ok..seperti yang aku janjikan sebelum ini..jawapan untuk soalan ubat apakah yang dalam botol tu kan..

Jawapannya adalah : Milidon 650..ia sama macam Uphamol 650, PCM 650 atau nama yang dikenali lebih famous sebagai Panadol. Tapi bukan Panadol. Ianya Milidon 650..hehehe..

Pemenang : Takde..yang hampir tapi tak pasti jawapanya Kak Jie dan siapa lagi kalau bukan Kak Red..

Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada kawan aku Hasnul Bakri Abu Bakar dan pasangannya Sharifah Afizah Bt Syed Ahmad yang baru melangsungkan perkhawinannya pada 27hb Mei 2007 di Kg Budu Benta, Kuala Lipis, Pahang. Aku sempat menghadiri majlis pernikahan dan majlis kenduri beliau. Semoga murah rezeki dan jodoh berkekalan hendaknya.

Wednesday, May 23, 2007

Gambar apakah yang dipegang oleh tangan misteri itu..??


Kalau saudara dan saudari bijak bestari apakah yang dipegang oleh tangan misteri itu dan apakah jenis ubat yang terkandung di dalam botol tersebut?

** Jawapannya akan diberitahu pada entry yang berikutnya.

Monday, May 21, 2007

Arghhh..tensennya aku hari ini..


Kenapa..? Kenapa..?

Aku tensen bukannya kerana aku bengang dengan orang harini..tapi yg membuatkan aku tak puas hati harini disebabkan baju aku yang berkedut dan tak ikut apa yang aku nak..kelakar juga aku ni..

Memang tak puashati..dahla baju ni aku gosok setengah penat..(aku pandai gosok baju tau)..pastu nak wat dia jadi kemas dan elok..dia leh kedut sana..kedut sini..leceh tul..nasib baik aku dah lewat dah, aku sumbat juga untuk pergi keje..dalam hati tau jela camner bila tak puashati..

Sampai kat ofis..aku pergi toilet dan cuba memperkemaskan baju aku..ceh..takleh juga siap, senget-senget lagi..tak pernah aku alami peristiwa macam ni..leceh betul..

Last-last aku dah malas, aku wat cam biasa je, wat tak tau je..senget ke, apa ke..lantaklah..dan 2-3 orang yang aku tanya harini, dorang kata "ok je baju ko"..taktaula kalau dorang hanya nak puaskan hati aku.Malas dah..lantaklah

Friday, May 18, 2007

IKEA..Makanan mu sedap belaka..


Arini aku pergi lunch kat IKEA..ala..IKEA yang kat area Damansara..yang dekat The Curve dan wayang Cineleisure tu..takkan tak tau kan..hehehe

Harini Swedish Meatball sebanyak 10 ketul menjadi pilihan aku. Memang sedap meatball dia. Gravy dia sedap betul..diletak pulak cranberries jem kat dalam pinggan tu..french fries besar-besar lak tu..dicicah dengan mustard dan tomato sos..fuh terangkat abis..

Kawan aku amik spagetti dan dessert sedap juga rasanya..dan Kak Aida amik Chicken apa ntah ke nama dia..tak ingat aku..sedap juga..disertakan dengan mashed potato..fuh..air sekali bayar dan leh refill berapa kali nak..apa lagi..

Kalau korang ada masa dan tak tau nak watpe hujung minggu atau malam-malam, pergilah IKEA..Makanan mu sedap belaka..

Layan..burppp..nyam-nyam

Wednesday, May 16, 2007

I'm back to mengarut again..huh!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas minggu bizi aku dah habis..kini aku mula mengarut kembali..yeah..yeah (buat style kumpulan amuk tau..)

Memula aku nak mendoakan semoga kesihatan Tun Dr. Mahathir agar kembali sihat..amin. Semalam aku sempat ke IJN melawat dan ahli keluarga beliau serta rakan-rakan lain pun ada. Berlaku sedikit kekecohan tapi tidak menjejaskan apa-apa.

Ok..minggu lepas aku wat program Kolokium Mengantarabangsakan Melayu kat Taiping Golf Resort. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang besar..mana ada program takde masalah..biasala tu..

Aku dapat kenal ramai orang dan bertukar-tukar pendapat. Antara tokoh yang aku dapat jumpa seperti Tan Sri Datuk Hj Mustapa Kamal, Pengerusi EMKAY Holding Sdn Bhd. Face to face tau dengan orang yang membangunkan kawasan perumahan aku sekarang pada tahun 1983 dulu..hebat dia ni..macam-macam cerita macam mana dia bangunkan empayar dia dari dulu hingga sekarang..Humble person dan menggelarkan dirinya sebagai "pakcik" bila berjumpa dengan orang.





























Gambar yang aku letak tu adalah salah sebuah buku yang diberikan sebagai cenderahati kepada para speaker yang hadir. The Roses of Perak. Buku ni menceritakan tentang 10 orang wanita yang menyumbang kepada budaya kita dalam pelbagai cara, dorang antaranya adalah penulis, pendidik, penyelidik, ahli sukan, ahli politik, menteri, peguam, duta, penghibur dan juga ibu. Buku ni diterbitkan oleh PETRONITA (Persatuan Isteri-isteri Kakitangan dan Kakitangan Wanita Petronas).

10 wanita yang ada didalam buku ni adalah seperti Amy Mastura (Penghibur), Asiah Abu Samah (Pengarah Am Pendidikan), Kamariah Alang Mat Nasid (Ibu Mithali), Michelle Yeoh (Pelakon), Noor Farida Ariffin (Duta), Nuraizah Abdul Hamid (Peguam), Rafidah Aziz (Menteri), Rajamani Mailgamam (Ahli Sukan), Robaayah Zambahari (Kardiologi) dan juga Rokiah Talib (Penulis).

Sunday, May 06, 2007

No post for a moment ye..


Aku tak dapat nak mengarut buat sementara waktu..aku BUSY!! dengan program Kolokium aku di Taiping.

Salam.