Thursday, January 03, 2008

Kerja-kerja baktiku

Aktiviti : Bantuan Kemanusian - Banjir Di Pahang
Tarikh : 24 - 26 Disember 2007

Sekeping gambar..1000 makna. Aku ada 20 keping gambar..so 20,000 makna.hahahaha..

Gambar di S.K Pahang Tua
Kitorang penuhkan bot dengan air mineral..rugi bot kosong..
Rezeki banjir..ikan Patin yang baru dijala..hidup lagi tu..nampak dia bergerak tak?
Waktu ni..air takat buku lali..pergi depan lagi..paras dada.
Tengah men"dressing" kaki budak yang kena kaca..main air lagi
Dressing lagi..
Gaya hebat seorang ahli farmasi
Bagi arahan-arahan menaikkan semangat
Aku buat apa ntah..
Mencari ubat yang hilang
1 biji 3 kali tau..bukan 3 biji 1 kali..
@&^%#%*^$&..??
Ubat ni sentiasa hilang..
New Kids On The Parit
Anak ni hensemla..
Saya tulis nama tok Whitney Houston tau..
Ubat kuat takde bang..ubat gatal ada
Tu kuih ye dik..
<----->
Ni ubat anak tau kak..bukan ubat akak

Kat atas tu aku letakkan gambar-gambar aku sewaktu bersama rakan-rakan sukarelawan lain ke Pahang. Cara orang lain berbakti berbeza..inilah caraku.

Wednesday, January 02, 2008

Selamat Tahun Baru 2008

Hai..dah lama benor aku tak berblog..bukan malas tapi ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan.

SELAMAT TAHUN BARU 2008
KEPADA SEMUA..YAY!!


Azam tahun baru aku tahun ni adalah untuk selesaikan azam tahun lepas yang bila nak capai jer..tak tercapai pulak..so aku dah tekad..lagi tak dapat..itulah azam aku.hahahaha.Apa azam korang lak..meh citer kat ruangan komen aku ye. Aku pergi tengok bungapi kat The Curve dan sampai umah pukul 3 pagi. Jem sejem yang mungkin.

Korang nak tau tak..lepas je post yang last sebelum post ni..aku dimasukkan ke SJMC.Adala sakit sikit..kena tahan wad.Ceritanya cenggini..masa kena tu aku nak kuar dari ofis dah..tutup suis-suis semua..pastu lepas aku tutup je aircond ofis..plup..aku blackout..tak nampak apa dah.memang gelap gelita.taktaula berapa lama. Sedar-sedar je aku dah kat lantai dalam posisi merangkak. Buka je mata, semua benda yang ada kat sekeliling berpusing-pusing. Kalau korang kat depan aku mau ada 2 3 bayang korang. Aku dah panik..try bangun, bila nak berjalan..aku tak dapat nak agak..aku dah pijak lantai ke belum dan badan aku lemah yang amat-amat sangat. Aku call pesort kawan aku..dia tengah sangkut jem..call sorang lagi kawan aku..nasib baik dia datang. HKL aku pergi.

Dr kat HKL cek dan wat CT Scan kat kepala aku. Dr tu pun taktau apa yang jadi pada aku..masuk air. Sebotol habis tak jadi apa. Cek darah dan semua-semua..aku ok. Dia tak puashati..dia suh aku jumpa ENT lak sok. Aku tak pergi ENT, tak larat langsung nak bangun..lemah gila-gila..last-last aku pergi SJMC untuk ENT. Dari Dr ENT dia kata takde pe..pergi lak Dr. mata takde pe..last-last dorang tolak pergi Dr Neuro. Haa..baru sangkut..dia kata ada something yang menarik pada aku..so dia tahan untuk wat MRI. MRI ni aku tengok dalam citer House je..alih-alih..merasa lak kena.

Setelah di MRI dan dicek..Dr. Neuro sahkan aku sebenarnya takde apa-apa. Cuma dia ada pelik sikit dengan anak mata aku dan dia kata aku dah ada benda ni dari sejak lahir lagi. Anak mata aku tak efek pada cahaya dan aku boleh survive benda ni..kagum aku jap. Tapi dia still tak puashati dan kategorikan aku dalam Imbalance body because of stress, tired dan lack of oxygen to my brain. Haaa..

Makanan kat hospital tak sedap..