Monday, April 30, 2007

Malang memang tak berbau..

Tengah aku belek-belek folder gambar..aku terjumpa gambar ni..dan ada cerita di sebalik gambar ni.

Apa yang aku nak ceritakan ini harap menjadi tauladan kepada aku dan juga kengkawan yang lain. Gambar yang aku letak tu adalah gambar aku dan kawan aku, Azhar nama dia. Aku memang baik dengan dia ni. Sekepala gitu..gambar ni aku ambil masa aku pegi melawat dia 3 minggu lepas kat Terengganu.

Korang nampak tak dia duk atas kerusi roda. Sebenarnya tulang belakang dia patah dan badan dia separuh lumpuh. Dari pinggang sampaila ke bawah pada mulanya.

Tapi..Alhamdulillah..selepas operation untuk membetulkan kembali tulang belakang, kaki dia sekarang dah kembali bergerak sebelah dan sebelah lagi masih dalam fisioterapi dan tidak boleh bergerak. Kesnya berlaku pada raya yang lepas dan esoknya nak raya..kira berbuka puasa last day..so dia ni nak merasa dan terliur nak minum air kelapa muda. Taknak beli..nak pegi panjat. Jadi..dia bawa adik dia yang dia kata macam terasa nak ajak je ikut dia pegi masa tu.

Nak dijadikan cerita..tengah dia atas pokok kelapa yang tinggi lampai tu..pelepah yang dia paut untuk betulkan posisi badan tercabut dan seterusnya..apa yang dia ingat..gelap dan dah ada kat hospital. Adik yang ikut dia tu lah yang pergi panggil orang untuk selamatkan dia.

Aku sempat melawat dia masa dua hari dia di hospital sebelum operation

Pesanan aku kepada diri aku dan kawan-kawan yang lain..kalau boleh beli..beli dan kalau tak dapat nak beli cari orang yang betul-betul berpengalaman untuk dapatkan untuk korang. Ambil iktibar dari kawan aku ni.

Saturday, April 28, 2007

Aduh...sengalnya belakang aku ni..


Gambar contoh dimana kesengalan itu berlaku

Hari aku tak tau apa yang jadi pada aku..belakang aku sengal..tang tulang belikat pulak tu..nak duduk pun tak selesa..cam "cramp" tau kat area situ..nak kata aku duk tak ikut postur..cara duduk aku memang macam yang aku tau sekarang jer..nak kata tilam aku tak tak empuk..fuh..empuk habis..lembut bak sutera tau..mahal tau aku beli..hehehe

Time ni kalau kalau minta tunang picitkan sedap juga..tapi jauhlah pulak dia..ops..belum khawin lagi..takleh minta picit..hehehe..kang suruh adik aku..dia picit main-main..silap-silap dipijak-pijaknya pulak..demand lak tu..upah bukan takat leh beli Ding Dang (ingat lagi coklat nie..??) leh isi minyak motor aku 2 hari tau..fuh budak-budak sekarang..

Hmmm..last-last..aku buh minyak sendiri je..itupun siap bermacam-macam kuak aku buat nak sampaikan tangan aku ke belakang ni..nak buat camne..dah nasib badan.

Sesiapa yang datang melawat blog aku ni..tolong-tolongla doakan kesihatan aku ni, supaya aku dapat mengarut lagi dan korang leh baca karutan aku..tak suka?..tak suka takpe..hehehe...amin

Tuesday, April 24, 2007

Mengigau..satu realiti atau fantasi

Aku nak mengarut pasal mengigau harini..korang pun mesti pernah mengigau..tapi tak akui benda tu..aku akui..aku ngigau ooo..cuma aku tak pasti aku sedar ke tak aku ngigau tu..itu sebab aku letak tajuk satu realiti atau fantasi..

Malam tadi ceritanya begini..atas ikhsan adik aku yang dapat tengok aku ngigau malam tadi..gelak sakan dia malam tadi..ayam ko Apu

Aku tido lebih kurang pukul 1..lepas komen kat blog-blog yang sempat aku belek..

tido punya tido punya tido punya tido..aksi ngigau berlaku

"aku kat mana ni.."
"ko kat dalam bilik ko la" jawab Apu
"ko biar betul..tadi aku tido kat tempat banyak baju"
"apa ke bangang ko ni..ko kat dalam bilik ko dan atas tilam ko kambing" jerit Apu..berselang seli dengan gelak sakan dia tu.
"ooo..yeke"..dalam tak sedar..aku sambung tido balik..

Pagi tadi..sambil tersembur nasi lemak aku bila adik aku bangun dan cerita apa yang aku merepek awal pagi tadi..aku pun menafikan..ewahh..tapi aku tau..aku ngigau..aku lupa basuh kaki kot semalam..tak juga..sebab aku mandi semalam sebelum tido..hehehe..

Selamat Mengigau..

Sunday, April 22, 2007

Sukarelawan Peace Malaysia

Aku harini menjadi sukarelawan Peace Malaysia untuk kesekian kalinya..kali ni aku jadi staff nurse..apa?staff nurse?..hehehe

Aku jadi staff nurse dengan kawan aku pesort..tugas kitorang senang je..prepare apa yang patut..gantung-gantung banner, gantung bendera dan susun ubat-ubat. Lepas tu..lepak sampai doktor kasi preskripsi dan kitorang kasi lak ubat kat pesakit tadi..jangan memain..kitorang telah ditunjuk ajar oleh doktor-doktor tadi tentang semua apa yang doktor tulis dan jerit..hehehe. Bukan sekali je kitorang ikut Peace Malaysia..sebelum ni masa banjir kat Johor. 2 minggu kitorang buat klinik bergerak. Tulisan-tulisan doktor yang sebelum ni ada orang kata susah nak faham..kitorang mula-mula pun begitu juga..kejap-kejap tanya..tapi itu semua pengalaman.

Tadi patient tak ramai..adala dalam 80 orang..kira ramaila juga tu..penat nak menerangkan berapa kali ubat tu kena makan dan banyak mana nak kena makan..kita cakap betul dah..tapi dorang yang pusing balik..

Pengalaman semua ni..mungkin orang lain tak dapat..tapi aku ceritakan keseronokan menjadi seorang sukarelawan..bukan untuk berbangga tapi untuk mencari pengalaman..so nanti takdela terkebil-kebil bila orang lain bercerita..hehehe

Diphendryl, Buscopan, MVT, Syrup PCM..kasi kat makcik ni..

Ok doktor..

Oklah..bizi. Nanti aku topup lain ye..

Thursday, April 19, 2007

Motor baru aku..yeayea

Setelah aku membonceng motor aku yang lama..aku telah meng"upgrade"kan pacuan dua roda aku..dari yg CC kecik ke CC yang besar sikit Ingat nak cari yang laju sikit..tapi duk pikir-pikir balik..takyahlah..umur dah meningkat ni..pelan-pelan dahla..kalau ikutkan hati, mau cari yang berdesup pergi..takpe hati..nanti aku kasi chance yang lain k. (Terima Kasih Anas)

Dulu aku ni merempit juga..tapi taklah se"extreme" budak-budak sekarang..gila hebat zaman dorang dengan zaman kitorang merempit dulu..tapi ada benda yang dorang kekadang takleh nak wat macam kitorang dulu..hehehe..tapi kekadang..tengok jalan clear sikit jer..layankan juga..hilangkan rasa rindu.

Aku rasakan kalau duk kat KL ni..nak mudah kesana-kesini dan parking tak berbayar, pakai pacuan dua roda je yang efektif..itu pendapat aku..tapi yang berkereta..takpelah. Itu cuma alasan je..kan? cuma bila hujan jela takleh nak elak..dahla aku ni jenis malas nak bawa baju hujan tu..bukan apa..leceh..shhhh..ni kalau tunang aku tau cakap camni..mau bising dia..sayang dia kat aku.hehehe..

Ntah hari apa pulak aku nak topup lagi blog aku ni..aku bizi sangat..kalau ada masa..aku topup k.

Layan..

Tuesday, April 17, 2007

Harini harijadi aku..


Selamat hari jadi..Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi..Selamat hari jadi..
Selamat hari jadi..Hadi
Selamat hari jadi..


Sempena harijadi aku yang ke 27 pada 17hb April 2007..dengan ini aku mengisytiharkan cuti ke atas diri aku..

Selamat Hari Jadi..

Thursday, April 12, 2007

Mr.A terkena lagi..lantaklah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..dah macam YB nak start berucap gayanya..hehe..

Dah lama aku tak topup blog aku ni..Al maklumlah..bizi ke sana dan ke sini..buat kerja-kerja amal.

Korang ingat lagi kan cerita pasal Mr. A yang nak bertanding dalam blog aku yang lepas..haaa...aku ada cerita pasal Mr.A lagi kali ni..

Ceritanya...

Lokasi : Kedai makan
Masa : Petang..ala..ala di tepi pantai
Suasana : Ramai..penuh satu meja

Mr.A : Kak..oo..kak..nak order makanla kak
Kak : Kejap ye dik..
Mr.A : Ok
Kak : Ye dik..nak order apa dik.
Mr.A : Ha..korang nak makan apa..makanla.
Kitorang
: Ok..Mr.A
Mr.A : Kak..bagi saya bihun goreng taknak sayur ye kak..taknak sayur tau..
Kak : OK dik..Eh !! bukan awak sepatutnya vegetarian ke..takleh makan daging kan
Kitorang
: hahahahahahahahahahaha (gelak habis-habisan sampai pancit stamina)
Mr.A : (Terkebil-kebil macam cicak tertelan ubat gegat..)


Mr.A..Mr.A..terkena ko lagi...hehehehe

Thursday, April 05, 2007

Machap tau..jangan fikir lain..

Sejak dari Jumaat lepas aku lepak kat Machap..kan sekarang dorang tengah duk sibuk pilihanraya kecil..korang tau tak kat mana Machap tu..Machap yang ni bukan kat Johor tau..yang ni dalam area Alor Gajah kat Melaka..dari tol Alor Gajah, dalam 40 minit ke situ dan dari tol Ayer Keroh, 20 minit jer..

Aku sebagai salah sorang penyokong kerajaan..so aku pergilah untuk tengok suasana pilihanraya, jumpa kawan-kawan yang mungkin sebelum ni tak sempat nak jumpa sebab ke"bizi"an masing-masing.Macam-macam ceritalah yang keluar..ada yang gempak dan ada yang kurang juga gempaknya..ada yang lawak dan ada yang tak lawak..macam-macam bila dah berkumpul ni..

Ceritanya...

Barisan pelakon : Mr. A (Mangsa-Muka ala-ala mamak sikit)
Pelakon tambahan : Makcik B lah..
Bukan pelakon : Ramai..sebab tengah sembang
Suasana : Malam..lebih kurang kul 9
Mood : Happy-happy

Sambil-sambil buat keje...tiba-tiba..

Makcik B : Dik..leh makcik duk kat sini..lenguh kakilah
Bukan pelakon : Duklah makcik..takde sapa nak larang
Makcik B : Dah lama ke duk kat sini..?
Bukan pelakon : Dah dekat seminggu makcik..sinila port kitorang
Makcik B : Oooo...

Sambung wat keje lagi..dengan secara tiba-tiba Mr. A masuk..dan terus duduk kat sebelah Makcik B tadi..kerusi asingla tapi sebelahla..

Mr. A : Korang buat apa tu..?
Bukan pelakon : Ala..tolong masyukkk.. tampal benda ni
Mr. A : Kayala korang tolong dia..dia masyukkk..korang pun masyukkklaa..
Bukan pelakon : Ala..tolong-tolong je dari tak watper
Mr.A : Wei korang..aku rasakan..aku nak bertandinglah..
Bukan pelakon : Bertandinglah..ko kan ramai penyokong
Mr. A : Betul beb..aku nak bertanding

Jeng..jeng..jeng

Makcik B : Anak ni nak bertanding MIC mana?
Bukan pelakon : hahahahahahahhhahahhahhahaha....(tak ingat dunia)
Makcik B : Apasal dik..makcik salah cakap ker?
Bukan pelakon : Tak salah makcik..tapi dia ni melayu..bukannya India..
Makcik B : Maaflah dik..laki makcik pun mamak...

sambungan gelak diteruskan untuk beberapa ketika..

sambungan part 2..

Sunday, April 01, 2007

Kenangan Ex-Manor : Berpuasa

Korang pernah rasa tak berpuasa dengan kawan-kawan kat umah sewa?

Tak pernah?

Ruginya korang..tak dapat merasai satu benda yang aku rasa pengalaman yang paling best dalam hidup..

Aku nak bercerita sikit walaupun tak disuruh orang..mungkin aku ni poyo skit..ahh lantaklah..aku suka menulis..lagi2 dalam blog aku sendiri kan..sapa sokong..?? Kalau sokong..garu telinga kiri dengan siku kiri..(aku leh wat tau...)

Pasal berpuasa di bulan ramadhan bersama kengakawan Ex-Manor ni memang kelakar habis, macam-macam kes ada..kitorang ni jarang sekali makan sahur kat luar..suma kitorang masak dan makan ramai-ramai..memang bestla tengok gaya masing-masing bangun sahur..terkebil-kebil, terkulat-kulat, makan pun kalau tak kena gaya suap ke telingala jawabnya..selalunya lauk yang mudahlah..goreng-goreng dan kadang-kadang ada juga masak sambal..kena ada yang pedas-pedas sikit, baru berselera nak makan sahur..

Pernah ada satu hari kitorang dah prepare awal-awal lauk nak dimakan waktu sahur nanti.."Ayam Goreng"..dah siap dah sorang amik berapa ketul..cam asrama pun ada..hehehe..Lepas siap suma, sorang-sorang masuk tido..sebab dah ready lauk untuk sahur..

Semua set jam nak bangun pukul berapa..selalunya ada jaga..kali ni jaga pun mengantuk..layan sekali..Tido punya tido punya tido..jam pun bunyi..aku bangun dan dengan penuh gaya mengeliat..fuh best betul mengeliat..gosok-gosok mata dan menguap ala-ala singa kelaparan dan tengok kat jam dah pukul 8..gosok mata lagi memang jarum tu pukul 8, selak langsir..dah terang..sahur sepatutnya sebelum terbit fajar siddiq..

Kejadahnya dah pukul 8..itu time nak pegi kelas..bukan time sahur..aduhh..apalah salah kitorang semalam sampai tak terjaga sahur pagi tadi..ni mesti kes makan berbuka tak ingat dunia ni..takde kesyukuran..main belasah jer..hahaha

Aku kejut semua bangun..sorang-sorang terkejut..

Last-last..semua mandi dan tengok jelah ayam goreng yang duk tergolek-golek kat meja tu dan terliurla sorang-sorang sambil pakai kasut nak pergi kelas...dengan harapan berbuka nanti dapat makan ayam goreng lagi..

Kenangan-kenangan..