Friday, June 20, 2008

Kau nak kena lempang ke apa..

uiii..takutnya.

Korang mesti terkejut kenapa tajuk entry aku kali ni nampak ganas sikit kan. Meh..sini aku ceritakan bagaimana ayat tu boleh keluar gitu. Cerita ni dah lama jugala di simpan, tapi aku masih teringat-ingatkannya.hehehe.

Lepas lepak pergi minum-minum dengan kawan-kawan lama, hari pun dah larut malam, balikla kitorang ni. Tengah duk rancak bersembang dalam kereta ada polis wat roadblock. Kelam-kabut kitorang tarik talipinggang keledar untuk menyelamatkan diri dari disaman..fuh..!! Nasib baik sempat. Sebiji-sebiji polis tu cek kereta dengan lampu suluh. Semua lepas..bila time aku jer..

Tempat : Roadblock kat Jalan Pandan Jaya
Masa : Lepas tengah malam
Cuaca : Gelap gelita dan berangin sikit

En.Polis : Hah..korang dari mana malam-malam buta ni?
Aku : Pergi jalan-jalan En. saja-saja amik angin malam..
En.Polis : Betul ke ni?
Aku : Betul En. jalan-jalan jer.
En.Polis : Korang ada minum apa-apa tak ni.
Aku : Ada.
En.Polis : Hah..!!Korang minum apa?
Aku : Teh 'O' ais kat mamak tadi
En.Polis : Kau nak kena lempang ke apa..
Aku : Takdela En. sori-sori.
En.Polis : Dah..jalan..balik. Jangan sampai aku saman kau.

Hahahahahahahahahaha..salah aku ke cakap yang benar dan silap dia juga pergi tanya aku minum apa..aku jujur. Kawan-kawan aku yang baca ni..sila gelak lagi macam kita gelak sampai terbaring kat depan pintu rumah dulu.

Friday, June 13, 2008

Aduhhh...

Saturday, June 07, 2008

Ubah Gaya Hidup..

alasan minyak naik..ada ke gitu.

Ramai rupanya yang taktau lagu-lagu yang aku letak dalam entry sebelum ni..ok camni, lagu-lagu yang aku letak sebelum ni semua lagu yang aku ingat-ingat lupa masa aku sekolah rendah dulu..masa darjah 1-3. Aku dulu bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong..kat Sungai Buloh sana sebelum aku sambung kat Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kepong. Aku cuba juga ingatkan nama cikgu muzik aku..tapi tak teringat lak apa nama dia..hehehe. Apapun aku terus letak lagi lagu-lagu yang memberi memori kepada hidup aku sejak bersekolah rendah hingga sekarang..

Tajuk Lagu : Memang aku tak ingat dah oii..

Lihat jauh nun disana
Tekun petani kerja
Buah padi masak kuning
Isteri kerja sama

Potong-memotong, Membanting padinya
Bercerailah tangkai jerami
Dulu padi ditumbuk indam tampi
Sekarang mesin jadi pengganti..

** Muzik tak dapat disertakan kerana..aku malas nak rakam suara emas aku ini..jangan marah, nanti cepat tua..yay..!!

Mengambil kesempatan ini..ingin aku suarakan ketidakpuasan hatian aku tentang harga minyak yang mahal sekarang..Dulu leh bawa laju-laju "The Motor"..sekarang nak kena bawa maintain-maintain takut minyak habis cepat..aku tergelak sorang-sorang masa isi minyak dengan harga baru kat Shell lepas tol Jalan Duta.

Dulu-dulu (Macam dah lama jer)

2.61 liter (Full) x 1.92 = RM5

Sekarang

2.61 liter (Full) x 2.70 = RM7 Bro...!! Naik RM2..bajet petrol aku sebulan lari jugala. Kena buat kira-kira baru.


**Perbandingan diatas adalah antara kenderaan yang bernama motosikal tau..kalau yang naik kereta jangan cakap banyak.ngeh..ngeh..ngeh..walau apapun masalah kita sama..

" PERBELANJAAN NAIK "