Thursday, June 28, 2007

Ohh..Bandung..Day 1

Hahahaha..setelah 5 hari tak mengarut..kini aku mengarut kembali..kan haritu aku cakap nak pergi jenjalan kan..aku pergi ke Kota Bandung sebenarnya..tak jauh..2 jam perjalanan naik kapal terbang..Flight dari LCCT ke Bandung pukul 0730pagi tapi aku dah standby dengan kawan-kawan aku pukul 0400pagi lagi..bukan over excited tapi nak kena naik bas dari KL Sentral ke LCCT. Nasib baik dorang ada bas awal.hehehe..dalam bas aku tidur..dalam flight pun aku tidur..sedar-sedar je dah nak landing di Bandara Husein Sastranegara Bandung..(nama airport dia lah..)..Airport dia taklah secantik dan semoden airport kita..bersyukur dapat tinggal di Malaysia.
Sesampai je kat Bandung..kitorang dibawa pusing-pusing dalam dalam bandar Bandung..dan jangan terkejut..lalulintas kat sana lagi teruk dari Malaysia..dorang suka-suka je masuk dan keluar..bagi dorang..dah terbiasa dengan keadaan begini..bagi kita? Mesti jakun gila. Takut kena langgar dan macam-macam lagila..diorang ni..kalau tak mainkan hon..tak sah..gerak 2-3 meter je hon..kejap lagi hon..nak belok..hon..semua hon la.



Dah puas pusing-pusing 1 Bandung..kitorang pergi makan kat Rumoh Makan Raja Melayu..kiranya ala Sari Ratu kat Bukit Bintang tu. Style masakan sama..masakan padang..memang sedap dan selesa makan kat situ..satu benda yang kena ambil kira..1 tips, kalau nak makan kena cari kedai yang bersih dan mahal..kalau tak..tak selera nak makan.Biar mahal sikit..tapi selesa nak makan. Takkan nak makan yang dijual kat tepi-tepi jalan tu..tengok pun dah tak selera.


Lepas je makan kat situ..aku dan kawan-kawan balik ke hotel. Untuk hari pertama..kitorang duk kat Papandayan Hotel..range lebih kurang USD50. Baik cari yang mahal sikit untuk keselesaan..itu je.Jangan harapkan yang murah sangat..sebab kita tak berapa biasa dengan cara hidup diorang. Lepas rehat lebih kurang 2 jam kat hotel..kitorang keluar lagi..survey tempat-tempat yang menarik..kalau korang nak tau..kat sini heaven shopping. Kat sini famous dengan Factory Outlet Store (FOS) dan tempat yang patut dituju untuk FOS ni..ialah di Jalan Dago. From end to end..FOS je. Larat dan tak larat nak masuk semua..kitorang masuk semua. Bagi perempuan-perempuan..kat sini jugala heaven untuk cari handbag yang macam-macam rupa dan kasut pelbagai citarasa. Bawa duit banyak..1 beg besar leh bawa balik barang-barangnya.hehehe..

Lepas dah survey tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandung..last place untuk hari pertama adalah Cihempelas Walk (CiWalk)..ala BB Walk kat Bukit Bintang tu..dorang kat sini suka pakai short form..contohnya Wartel (Warung Telefon), Warkop (Warung Kopi) Handphone (Hapir) Simkad (Kartu Hapir) Topup (Isi Pulsa)..aku kat sini takde masalah nak call kawan-kawan di Malaysia..walaupun roaming..tapi takkan korang nak hantar 1 mesej yang berharga RM2 per mesej..aku beli simkad dekat sini..baru Rp10,000. Topup lak Rp50,000..leh tahan 4 hari. Aku hantar mesej 20sen, dorang balas pun 20sen. Murah dan senang. Dekat CiWalk ni..macam pasaraya besar dorangla. Macam-macam ada dan harga pun murah. Di Malaysia..untuk domut..kita famous dengan Dunkin Donut..tapi kat sana famous sangat-sangat dengan J.Co Donuts & Coffee dan jangan terkejut..donut dia teramatlah lembut dan sedap. Kalau korang pergi Bandung..korang patut try kedai donut J.Co ni.

Thursday, June 21, 2007

Saya Pemegang Pasport Malaysia

Akhirnya..aku ada pasport sendiri..sebelum ni aku hanya ada pasport kumpulan yang dikongsi bersama dengan 10 orang kawan aku..kali ni aku nekad nak ada pasport sendiri juga...hahahaha


Aku apply pasport sebab sabtu ni aku ada trip keluar dari Malaysia dan kembali pada hari selasa depan..hehehe..Haritu Kak Red dah pergi Beijing.So kali ni aku lak nak jalan-jalan.Seronok juga ada pasport ni..first time la katakan..kalau yang dah ada tu jangala gelakkan kita..malu tau..hahaha..

Anyway..aku takkan ada entry sampai aku balik dari merayau-rayau kat negara orang..Bueno Dias Senor and Senorita

Monday, June 18, 2007

Hari isnin ker..Ingat Ahad lagi..

Hari isnin adalah hari selepas ahad..huh?? memangla kan..hehehe.

Hari Isnin adalah hari yang ramai tak suka..mungkinla kot..sebab kena pergi kerja..kena start motor..kena jumpa jem..kena pergi sekolah..kena pergi bank..kena pergi bayar hutang..dan macam-macam lagi dan salah satu sebabnya..tak dapat nak tidur lama-lama selepas solat subuh..hehehe

Bagi yang negeri diorang start hari ahad..hari ahadla diorang buat semua..

Aku yang paling malas hari Isnin ni satu je..cukup malas nak gosok baju nak pergi kerja..berat je rasa iron tu..rasa cam..hish..taktau nak cakap..sapa-sapa yang ada sindrom dan simptom-simptom cam aku ni..silalah komen ye..

Pagi tadi ada mesyuarat kat PWTC..pada pagi isnin lak tu..so dengan iron dan hati yang berat..aku paksakan juga..walaupun mak aku dah offer untuk menggosok baju aku tadi..tapi takpe mak..anak mak ni masih kuat lagi kederatnya untuk mengangkat iron tersebut..bersiaplah aku dan memecutlah aku menuju destinasi..sesampainya di PWTC..mengantuklah pulak..sabar jelah. Tahan punya tahan..sehinggalah tertaipnya update untuk hari ini..sekian terima kasih

Wabillah hi taufik..wal hidayah..wasallamualaikum..warahmatullahi..wabarokatuh..

Ya tuan-tuan dan puan-puan..begitulah tadi syarahan yang diberikan oleh saudara panel yang kita jemput untuk hari ni..bla..bla..bla

Friday, June 15, 2007

10 Hari tanpa berita

Kemanakah aku menghilang selama 10 hari tanpa berita dan karutan..hehehe..??

Kini jawapannya..

Hari Khamis yang lepas aku bercuti sebab semua orang cuti..takkan aku nak melangut kat ofis sorang-sorang..kang kena sakat..susah lak nak angkat aku yang berat ni..hehehe. Aku ke Terengganu untuk berjumpa dengan tunang aku yang dah dekat 2 bulan aku tak ketemu..ewahh..kiranya aku balik Terengganu ni untuk berbincang dan membuat perancangan untuk majlis aku nanti..(insyallah) dan ada majlis pernikahan dan perkhawinan kawan aku dan tunang aku. Tahniah kepada Shaliyani & Ruzairi.

Pada masa yang sama, father tunang aku pula tak berapa sihat dan terpaksa masuk ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu kerana demam panas dan juga COPD. So nak dijadikan cerita..sampai ke hari ini..father tunang aku masih berada di hospital. Condition masih tak stabil. Masa kat sana aku dengan tunang aku yang kejap ke hospital, kejap kesana, kejap kemari sampaila lewat malam. Aku cuma membantu apa yang aku mampu.Kesian tunang aku..sorang-sorang je kena buat itu ini. Kalau ada aku..boleh kasi semangat sikit. Aku kena balik KL, kerja banyak. Mak dia kena jaga kat hospital fulltime. Aku kat sini boleh mendoakan sahaja untuk kesihatan father dia. Amin

Friday, June 01, 2007

Utusan Raja Sehari




Tanggal 1hb Juni 2007

Selamat Pengantin Baru
Sahabatku

Maka tersebutlah sudah, pada tarikh 1hb Juni 2007, sahabatku Mohd Hasiff B. Yaacob telah menamatkan zaman bujang beliau dengan pasangan pilihannya iaitu sahabatku juga Elani Bt Zainuddin di Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan pertunangan beliau pada pukul 11pg di rumah pengantin perempuan di Seremban 2 dan majlis pernikahan beliau dilakukan pada pukul 2.3optg selepas solat Jumaat. Beliau dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri sendiri. Majlis resepsi akan diadakan pada 2hb Juni 2007 di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan..

Ya Allah..Ya Tuhanku..berkatilah kedua-dua mempelai ini dengan limpah kurniaMu dan panjangkanlah jodoh mereka sehingga ke anak cucu. Amin

Dah 2 orang kawan aku menikah, kedua-dua majlis dapat aku hadiri. Alhamdulillah..

Aku..??? Insyallah...ada rezeki akan aku war-warkan kepada anda semua.