Sejak kembali dari Bandung..aku memang tak dapat mengelak untuk duduk senang lenang..bizi memanjang..kadang-kadang menjangkau ke tengah malam..itu lepak..tak termasuk dalam waktu kerja pun..hehehe..saja je kasi penambah perisa dalam karutan aku.
Hari jumaat yang lepas..aku pergi outstation..lepas habis kerja..pukul 9 malam aku gerak pergi ke Kedah..tidur di Titi Gajah dan keesokan pagi Anas ada mesyuarat dan aku lak sambung tidur..Lebih kurang pukul 4 petang, aku gerak ke Tapah dan sampai lebih kurang pukul 7 malam untuk menghadiri mesyuarat juga..habis mesyuarat je kul 11 lebih..terus ke Ipoh..tidur di Ipoh. Bukan boleh tidur pun..tengok tv je dah kul 3 pagi..bangun pukul 7 pagi dan bersiap lak untuk ke Sg. Siput untuk miting seterusnya..
Selepas habis je miting di Sg Siput..bergeraklah kami ke Lumut untuk miting yang seterusnya..driving dari Sg. Siput ke Lumut sebenarnya tak jauh..tapi dengan keadaan jalan yang tak baik dan kereta yang banyak..lebih kurang 2 jam juga nak sampai..
Di Lumut..mesyuarat habis lebih kurang pukul 5 petang dan tak balik KL lagi..duk sembang dulu dan makan-makan dulu..sekarang musim durian..layan dulu..buat kuah dan cicah dengan roti..fuhh...terangkat..
Lebih kurang pukul 6 aku bertolak dari Lumut ke KL..sampai di Tol Bidor pukul 7 dan shoot balik KL..tapi sampai je kat area Tanjung Malim..JEM!!!!..perjalanan yang sepatutnya amik masa 30 minit je ke KL..jadi 3 jam..kul 10 lebih aku sampai semalam..tensionnya..korang pun tau agaknya camner kan..punca jem senang jer..ada lori construction wat pembesaran jalan highway tukar tayar kat tepi jalan dan tak melibatkan jalan highway tu pun..orang ramai slow sebab nak tengok mamat mekanik tu pasang skru tayar tu agaknya..
RAKYAT MALAYSIA MEMANG PRIHATIN..TERIMA KASIH..